CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5483|Reply: 0

[Sabah] Tamu besar tarikan pelancong, eratkan perpaduan rakyat

[Copy link]
Post time 4-11-2024 07:49 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Juhar menyempurnakan acara perasmian majlis itu, sambil disaksikan Hajiji (empat kiri) serta para tetamu kehormat yang lain.

KOTA BELUD: Tamu Besar Kota Belud bukan saja mampu menarik kehadiran pelancong malah turut mengangkat keindahan dan keunikan keelbagaian budaya tempatan yang ada di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membangunkan potensi setiap daerah di Sabah termasuk memajukan sosioekonomi, pelancongan dan kebudayaan masyarakatnya yang unik.

“Sudah pasti penganjuran tamu besar secara tahunan ini berperanan besar dalam menarik pelancong selain mempromosikan keindahan budaya tempatan.

“Tamu besar ini juga menjadi lambang perpaduan kerana tamu adalah medan pertemuan sosial rakyat berbilang kaum dan agama seperti masyarakat Bajau, Kadazan, Dusun, Iranun dan Cina yang terus kekal sehingga kini.

“Saya berharap rakyat akan terus memberi sokongan kepada setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya sempena Tamu Besar Kota Belud 2024, di sini pada Sabtu.

Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis perasmian Tamu Besar Kota Belud 2024.

Pelbagai pengisian telah disusun sempen Tamu Besar Kota Belud tahun ini, antaranya persembahan kebudayaan, sukan rakyat, pameran dan jualan produk kraf, komuniti, serta tradisional.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerajaan negeri terus komited untuk memperhebat pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan yang inklusif, khususnya dalam memperluas rangkaian promosi pelancongan dan mengembangkan jaringan laluan udara ke negeri ini.

Katanya, langkah ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti Sabah sebagai destinasi yang mampu menawarkan pengalaman pelancongan yang paling menarik bagi pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Berdasarkan statistik Lembaga Pelancongan Sabah, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dari Januari sehingga Ogos adalah kira-kira 2.1 juta orang dengan pelancong antarabangsa seramai 867,231, manakala 1.2 juta adalah pelancong domestik.

“Ini menunjukkan potensi besar Sabah sebagai destinasi pelancongan dan saya yakin dengan perancangan strategik yang telah diatur, jumlah kedatangan pelancong ke Sabah akan terus mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan.

“Kota Belud adalah antara destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan, termasuk pengembaraan, rekreasi, budaya, dan alam semula jadi dengan lebih daripada 30 lokasi pelancongan yang menarik untuk diterokai termasuk di pulau dan sungai,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Tamu Kota Belud merupakan salah satu tamu tertua di Sabah yang telah menjangkau lebih daripada 100 tahun usianya.

“Tamu Kota Belud bukan sekadar pusat perdagangan, tetapi juga tempat pembuatan dan penjualan pelbagai produk tempatan seperti hasil pertanian, makanan tradisi, kraftangan, parang, peralatan muzik, serta busana tradisi.

"Di sini, para pengunjung boleh mendapatkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.600221 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list