Edited by Vellfire at 4-11-2024 03:17 PM
Dona (kanan) bersama pasukan SSPCA menyelamat 23 kucing dan lima kura-kura di Jalan Semeba.
KUCHING: Sebanyak 23 ekor kucing dan lima kura-kura berjaya diselamatkan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) di sebuah rumah di Jalan Semaba pada Sabtu.
Presiden Datin Dona Drury Wee berkata, kucing-kucing dan kura-kura terbabit diselamatkan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.
"Kita telah menyelamatkan 23 kucing dan lima kura-kura yang kurung dalam keadaan yang kurang baik iaitu sangkar yang kecil dan sempit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau mengucapkan terima kasih kepada individu yang menyalurkan maklumat berkenaan dan kerjasama yang diberikan sehingga membawa kepada penyelamatan itu.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada dia kerana menyelamatkan kucing ini tetapi kandang yang digunakan terlalu kecil dan jumlahnya agak banyak dan mungkin dia tidak mampu menjaganya.
Antara kucing yang berjaya diselamatkan SSPCA .
"Disebabkan keadaan itu, kita mengambil dan menyelamat kucing-kucing ini agar ia dapat dijaga dengan lebih baik dan ditempatkan di tempat yang lebih selesa," katanya.
Tambahnya lagi, salah seekor anak kucing yang diselamatkan mengalami dehidrasi dan selesema.
"Lima kura-kura yang diselamatkan akan kita dilepaskan di tempat yang selamat.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyelamatan, dan terima kasih khas kepada individu membawa kes ini kepada perhatian kami," ujarnya.
|