CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42280|Reply: 0

[Sarawak] Kesedaran mengenai diabetes harus diperluas ke kawasan luar bandar

[Copy link]
Post time 4-11-2024 11:31 PM | Show all posts |Read mode


Kennedy semasa mengadakan lawatan ke salah sebuahkaunter yang dibuka dalam majlis berkenaan di Uma Daro pada Sabtu.

BELAGA: Kesedaran mengenai bahaya serta pengawalan penyakit diabetes harus diperluas kepada penduduk luar bandar bagi membolehkan rawatan awal diambil sekiranya mereka menghidapi penyakit berkenaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon.

Jelasnya, diabetes merupakan penyakit yang senyap (silent disease) pada peringkat awalnya yang mana rata-rata individu yang mempunyai diabetes kebiasaannya tidak mengalami sebarang gejala.

"Kadang-kala, terdapat kes di mana gejala diabetes hanya dapat dikesan dari 7 hingga 10 tahun selepas seseorang menghidapi penyakit terbabit," jelasnya.

Kennedy berucap demikian semasa merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Daerah Belaga Tahun 2024 yang diadakan bertempat di Uma Daro di Sungai Asap, pada Sabtu.

Jelasnya, bagi menghindari penyakit diabetes, semua pihak tidak kira tua atau muda harus harus mulai beralih kepada gaya hidup sihat dengan menjaga berat badan, kurangkan pengambilan gula di setiap makanan yang dimakan.

"Ia bukan suatu tugas yang mudah, namun kebiasaannya akan dapat diatasi sekiranya setiap individu itu mempunyai tahap disiplin yang tinggi dengan makan mengikut jadual yang tetap setiap hari hari," jelasnya.

Justeru, katanya sebagai titik permulaan ke arah gaya hidup sihat tanpa diabetes, setiap individu harus mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan makan secara sihat, melakukan senaman termasuk mengurang atau berhenti merokok.

Di samping itu, katanya setiap individu harus menjalankan ujian saringan kesihatan secara berkala supaya pengesanan awal dapat dijalankan.

Menurut Kennedy, keputusan gula dalam darah yang tinggi mampu dikesan dari tahun pertama penyakit diabetes bermula yang mana jika diabetes dibiarkan berlanjutan tanpa dikesan, penyakit ini lebih sukar untuk dikawal.

"Sebagaimana semua maklum, pelbagai komplikasi kesihatan lain akibat daripada kadar gula yang tinggi dalam badan dan antaranya menjurus kepada  komplikasi kesihatan yang lain seperti buta, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan mati pucuk," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.893525 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list