CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44984|Reply: 0

[Sarawak] Letak kamera tersembunyi di siling tandas, penjaga stor didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 5-11-2024 12:05 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang penjaga stor didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana meletakkan kamera tersembunyi di siling tandas di tempat dia bekerja.

Toh Lik Seng, 37, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Ling Hui Chuan selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Fakta kes mendedahkan pengadu lelaki iaitu pengarah sebuah syarikat di Jalan Setia Raja, Muara Tabuan Light Industri di sini mendapati ada kamera tertutup dipasang di siling tandas di premis syarikat itu pada 30 September 2024, kira-kira jam 2.30 petang.

Pengadu seterusnya melakukan pemeriksaan di dalam kad memori kamera berkenaan dan mendapati salah seorang pekerjanya (tertuduh) telah memasang kamera tersebut.

Berikutan itu, laporan polis dibuat dan tertuduh ditangkap pada keesokan harinya (1 Oktober 2024).

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah meletakkan satu kamera tersembunyi di siling tandas pekerja di premis syarikat milik pengadu.

Malah, kandungan video dalam kad memori kamera tersebut juga mendedahkan muka dan kelakuan tertuduh yang sedang memasang kamera itu secara tersembunyi.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh diwakili peguam Chan Khoon Moh.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.347762 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list