CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25752|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki pukul anjing guna besi ditahan

[Copy link]
Post time 7-11-2024 12:15 AM | Show all posts |Read mode


TAHAN: Tangkap layar menunjukkan suspek memukul anjing terbabit menggunakan besi.

KENINGAU: Tindakan seorang lelaki memukul anjing menggunakan besi sehingga haiwan itu mati membawa padah selepas ditahan polis dalam satu serbuan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, suspek warga asing berumur 39 tahun itu ditahan pada jam 10.30 malam Selasa.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menerima aduan awam berkenaan video berdurasi satu minit yang dikongsikan di laman sosial Facebook menunjukkan seorang lelaki memukul seekor anjing menggunakan sebatang besi sehingga mati.

“Hasil siasatan mendapati, kes berkenaan berlaku pada 24 Oktober lalu di kawasan sebuah bengkel di Kampung Patikang di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bertindak dengan maklumat itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau berjaya menahan suspek dan merampas peralatan yang digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan membunuh haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran video berkenaan.

“Suspek kini direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat setempat yang membantu sehingga tertangkapnya suspek dan pihak polis menasihati orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi kes ini di media sosial yang akan menjejaskan siasatan pihak polis.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.183921 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list