CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37856|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Negeri Sembilan lulus dua kawasan perlombongan REE seluas 400 hektar

[Copy link]
Post time 7-11-2024 01:05 AM | Show all posts |Read mode


Datuk Seri Aminuddin Harun.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan dua kawasan berkeluasan kira-kira 400 hektar (1,000 ekar) di negeri ini untuk dijadikan lokasi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang akan dimulakan tidak lama lagi.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) tambahan yang menjadi panduan kepada langkah keselamatan selain SOP ditetapkan di peringkat persekutuan dalam memastikan kelancaran proses perlombongan REE terbabit.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi berkenaan.


“Hari ini, kita meluluskan SOP (tambahan) REE untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan, selain menetapkan bahawa semua pembangunan REE ini harus melalui atau dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Diperbadankan (MBI).


“Ia untuk membolehkan kerajaan negeri mengawal perkembangan aktiviti perlombongan itu dan memastikan hasil REE tidak diselewengkan mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di sini hari ini.


Aminuddin berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembulan, Teo Kok Seong akan mewakili kerajaan negeri ke China dalam tempoh terdekat bagi melihat secara dekat operasi kilang REE di negara itu.


Menurutnya, kerajaan negeri akan menggunakan kaedah perlombongan seperti mana dilaksanakan syarikat di China, namun bersikap terbuka jika pemilik tanah ingin melantik mana-mana syarikat lain bagi melakukan aktiviti berkenaan.


Katanya, kerajaan negeri terbuka dan pemilik tanah yang mempunyai REE boleh melantik mana-mana syarikat untuk mengendalikan perlombongan, namun perlu menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri melalui MBI supaya hasil dikeluarkan dapat ditentukan.


“Kita juga perlu pastikan aktiviti perlombongan itu tidak memberi kesan kepada tanah lain yang berhampiran, malah MBI sendiri akan melantik pakar geologi supaya aktiviti perlombongan ini dapat dikawal.


“Kita tidak mahu kesan aktiviti perlombongan berkenaan menimbulkan masalah kepada pihak lain terutama pemilik tanah berhampiran,” katanya.


Aminuddin berkata, perlombongan dibenarkan hanya membabitkan kawasan tanah kerajaan negeri, tanah individu atau tanah syarikat, manakala Hutan Simpan Kekal (HSK) adalah dilarang.


“Setakat ini, Kuala Pilah dan Jelebu dikenal pasti lokasi perlombongan REE seperti mana ditentukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri,” katanya.


Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, syarikat yang melakukan perlombongan REE haram di Kuala Pilah pada Mei tahun lalu telah membayar kompaun dikenakan sebanyak RM500,000 pada Disember lalu.


Sebelum ini, beliau memaklumkan Negeri Sembilan memiliki NR-REE dianggarkan bernilai RM30 bilion, namun perincian lokasinya belum dikenal pasti sepenuhnya.



https://www.buletintv3.my/nasional/negeri-sembilan-lulus-dua-kawasan-perlombongan-ree-seluas-400-hektar/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036772 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list