CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27820|Reply: 0

[Sabah] Warga emas dijemput hadir laksana saringan kesihatan

[Copy link]
Post time 13-11-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Orang awam yang berusia 40 tahun ke atas digalakkan untuk menyertai program pemeriksaan kesihatan percuma Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) pada hari Khamis ini (14 November).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api, Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Api-Api dengan kerjasama Permai Polyclinics Group dan akan berlangsung di ruang legar Wisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing dari jam 9 pagi sehingga 3 petang.

"Sebagai tanda sokongan kepada golongan isi rumah B40, setiap peserta akan menerima beras 5 kilogram yang disumbangkan oleh pihak penganjur
"Jangan lepaskan peluang ini untuk mengemas kini mengenai status kesihatan anda," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Permai Polyclinics Group, Datuk Dr James Jeremiah akan mengetuai pasukan doktor dan jururawat dalam menjalankan pelbagai ujian pada program itu.

Mereka yang tergolong dalam kategori B40 layak untuk menjalani ujian pemeriksaan tekanan darah, indeks jisim badan, penilaian mental, ujian darah, kajian diabetes, ujian fungsi buah pinggang, analisis air kencing dan banyak lagi.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak layak, mereka masih boleh menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian gula dalam darah.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Khas Robert Penggai pada talian 011-33807901.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.097548 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list