CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38601|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan GPS diharap pertimbang wartakan Sungai Katibas sebagai Kolam Ikan Peribumi

[Copy link]
Post time 14-11-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode


Lidam ketika membahaskan Belanjawan 2025 pada Persidangan DUN. - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diharap mempertimbangkan untuk mewartakan Sungai Katibas di konstituensi Katibas, sebagai Kolam Ikan Peribumi untuk Sarawak atau Borneo.

Lidam Assan (GPS-Katibas) berkata, Katibas mempunyai 262,000 ekar tanah Hak Adat Bumiputera yang masih diliputi hutan dan kira-kira 80km Sungai Katibas yang mempunyai ikan pribumi yang mahal.

“Kerajaan GPS diminta mewartakan Sungai Katibas sebagai Kolam Ikan Peribumi Sarawak jika bukan Borneo.

“Dengan berbuat demikian, saya meminta kerajaan ini melalui agensi penguatkuasaannya mengambil peranan yang lebih komited untuk memelihara ketenangan, kualiti air kita, mengekalkan keindahan semula jadi dan kedamaian ekosistem sungai kita.

“Kita mesti bersatu mengambil langkah berani untuk menghentikan sebarang jenis pencemar atau sebarang aktiviti yang membawa kepada Sungai Katibas yang keruh,” katanya pada Persidangan DUN hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Belanjawan Negeri 2025 yang dibentangkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin lepas.

Lidam dalam pada itu turut mencadangkan penubuhan Kampus Satelit CENTEXS di Katibas untuk peringkat sijil dalam Pertanian, Perikanan Darat dan Pengurusan Perhutanan.

Katanya ia akan memperkasakan masyarakat luar bandar terutama golongan belia dengan kemahiran dan pengetahuan.

“Bagi Peladang Kawasan Katibas, saya memohon pihak Kementerian untuk membantu mereka memainkan peranan aktif untuk menyediakan rangkaian pasaran kepada petani tempatan, ahli dan pasaran lain yang lebih luas.

“Untuk tahun 2024 saya memperuntukkan RM380,000 bagi menaik taraf kedai mereka bagi mengumpul produk daripada ahli mereka terutama 369 penanam lada yang sentiasa berkeliaran mencari pembeli untuk membeli lada, selalu berakhir dengan eksploitasi,” tegasnya.

Sementara itu berhubung kemudahan asas seperti jalan, Lidam memohon kepada Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) terus memasukkan baki 104km jalan dalam peruntukan akan datang.

“Di samping itu, Katibas ingin merakamkan penghargaan atas sumbangan kerajaan persekutuan melalui Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit, bagi jalan sepanjang 16.5km dari Kabah ke Rumah Bukit bernilai RM145 juta yang kini dalam proses di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Jalan-jalan ini merupakan asas dan pemangkin kepada pembangunan tanah di sepanjang tebing utara Sungai Rejang di bahagian Kapit. Ini adalah salah satu hasil kolaboratif Madani,” katanya.

Beliau berharap kerajaan GPS terus bekerjasama dengan kerajaan persekutuan untuk manfaat kedua-dua pihak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.043600 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list