CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38039|Reply: 0

[Sarawak] Pelaksanaan gaji minimum swasta RM1,700 tidak terpakai kepada penjawat awam Sarawak

[Copy link]
Post time 14-11-2024 12:33 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah bersama Hasidah (kanan) membincangkan sesuatu semasa tiba untuk Persidangan DUN, hari ini. - Gambar UKAS.

KUCHING: Pelaksanaan kadar gaji minimum di sektor swasta di seluruh Malaysia dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 tidak terpakai kepada penjawat awam Sarawak tetapi hanya untuk pekerja sektor swasta negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, pelaksanaan gaji minimum bagi penjawat awam Sarawak adalah tertakluk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

“Kerajaan Sarawak telah bersetuju menerima pakai secara prinsip pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) melalui Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 15 Tahun 2024 yang dikeluarkan pada 15 Oktober 2024.

“Untuk Gred 1, Gaji Permulaan Terendah iaitu gaji pokok adalah RM1,500 sebulan dan turut menikmati elaun-elaun sebanyak RM685 sebulan. Ini menjadikan jumlah pendapatan kasar adalah RM2,185 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Dayang Noorazah Awang Sohor (GPS-Lingga) mengenai adakah kerajaan akan turut menyelaraskan pelaksanaan gaji minimum RM1,700 kepada penjawat awam dan swasta Sarawak pada Persidangan DUN hari ini.

Hasidah berkata, semasa pembentangan Belanjawan 2025 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 18 Oktober 2024, pelaksanaan kadar gaji minimum di sektor swasta di seluruh Malaysia dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan mulai 1 Februari 2025.

Katanya, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan melibatkan majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih dan majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.

Bagaimanapun beliau berkata pada 1 Ogos 2025, pelaksanaan gaji minimum sebulan kepada semua majikan yang menggajikan pekerja (tempoh penangguhan majikan yang menggajikan kurang daripada lima (5) orang pekerja telah tamat) oleh itu, pelaksanaan gaji minimum akan terpakai kepada semua pekerja swasta yang terlibat di seluruh Malaysia.

“Sehubungan itu, bagi para pekerja sektor swasta di Sarawak, pemakaian gaji minimum RM1,700 adalah terpakai dan berkuat kuasa bermula pada tarikh-tarikh seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Ditanya mengenai Pelaksanaan Gaji Minium (PGM) terpakai kepada siapa, Hasidah memberitahu ia terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali perkhidmatan domestik dan kontrak perantisan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.076034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list