View: 66366|Reply: 62
|
Teka teki artis berhutang terjawab? Wanita bongkar Aida Aris berhutang lebih RM200,000
[Copy link]
|
|
Enggan membiarkan netizen terus berspekulasi, seorang individu bernama Ziela Rashid akhirnya mendedahkan identiti pelakon wanita yang didakwa enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 ialah Aida Aris.
Mahu semuanya jelas, Ziela berharap pembongkaran tersebut menjawab persoalan masyarakat mengenai siapa sebenarnya pelakon yang dimaksudkan dalam sesi wawancara program Melodi beberapa minggu lalu.
“Hai semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang saya maksudkan sewaktu temu bual bersama Melodi baru-baru ini adalah Aida Aris.
“Semoga dengan penerangan ini tiada lagi teka-teki siapa pelakon yang saya maksudkan itu,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Ziela turut menggesa Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris, 52, untuk segera melangsaikan hutang yang telah tertunggak selama empat tahun.
“Untuk Aida, sila bayar hutang kami secepat mungkin kerana sudah terlalu lama, empat tahun.
“Tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja penerangan daripada saya bagi mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan video viral temu bual bersama Melodi. Terima kasih,” ujarnya.
Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan daripada pelakon drama Projek: High Council itu tidak berjaya apabila panggilan serta mesej tidak berbalas.
Sebelum ini, Ziela pernah membuat pendedahan dalam program hiburan hiburan mengenai bekas kakak iparnya yang juga seorang pelakon enggan membayar hutang.
Ziela tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang sebanyak RM208,745.59 yang melibatkan dirinya dan suami.
SUMBER: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Confuse aku A Aida and Aida Aris |
|
|
|
|
|
|
|
Klu btl seperti didakwa ....
Habis tercalar imej bersih sheols selama Ni
Teringat thn lps ke 2 thn lps die tlg niaga kt bazar Ramadan
Bisnes sendiri ke family X igt
|
|
|
|
|
|
|
|
Ngape x dibayau langsung ke? Kamu bayau la mcm bayau ansuran kereta atau rumah. Bayau bulan2. Lambat laun, habisla juga. Dari diam seribu bahasa |
|
|
|
|
|
|
|
Aida Aris tu masih cantik & free hair. Tak ada ke dpt offer berlakon jd mak datin etc. smpai dh di isytihar bankrap, bnyk sgt utang tak bayar |
|
|
|
|
|
|
|
dia produce drama ke.. banyak nya hutang |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pinjam duit utk buat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
kat atas kata she dah muflis. sebab tu kot dia tak bayar. lepas 7 tahun burn lah semua hutang. tak gitu.
tapi sekarang si Aida kena hidup jadi bankruptcy
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda diisytiharkan muflis?
Beberapa tindakan akan dikenakan kepada individu yang diisytihar muflis. Antaranya ialah:
semua aset peribadi anda seperti rumah, kenderaan dan lain-lain aset akan diletakkan di bawah pentadbiran dan pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) bagi proses bayar balik hutang-hutang yang tertunggak;
pembekuan akaun bank dan menetapkan had kredit tidak melebihi RM1,000 kepada individu muflis;
individu muflis tidak dibenarkan membuat perjalanan ke luar negara melainkan permohonan bertulis daripada KPI;
individu muflis tidak dibenarkan bekerja dalam bidang yang berkaitan seperti bidang kewangan, perakaunan dan kedoktoran; dan
tidak berkelayakkan untuk mengusahakan atau memiliki perniagaan kerana telah disenarai hitamkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas kakak ipar.. abg pompuan ni ke yg sama taknak byr hutang tu? Sbb kat perenggan bawah tu ada tulis "Aida Aris enggan byr hutang yg melibatkan dirinya dan suami". |
|
|
|
|
|
|
|
kesian sampai masuk melodi pun org tak amek port kisah ni hujung2 kena reveal sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aida aris ni..rasanya uols pernah gambar2 umah baru dia ..kemahen besor juga la utk retis sendu..rupanya..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
taman Rashidah utama ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada ke dpt offer berlakon jd mak datin etc
Ha'ah kan, watak mak datin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 16-11-2024 07:48 PM
dubuk replied at 15-11-2024 11:45 PM
taman Rashidah utama ke tu
Ha'ah Aida Aris cerita masa dia umur belasan tahun arwah Bob Lokman pernah ajak kahwin, tapi dia tolak. Aida cerita dalam video di bawah.
Bawah ni plak cerita arwah Bob tentang kisah cintanya dengan Aida. Masa jatuh cinta dengan Aida, arwah berusia lewat 20-an, Aida 14 tahun.
Bob Lokman Dedah Kisah Disebalik Lagu Taman Rashidah Utama, Rupanya Pinangan Ditolak Kerana…
Lagu Taman Rashidah Utama antara lagu rock kapak yang kekal relevan sehingga hari ini. Walaupun sudah mencecah 30 tahun sejak kali pertama diterbitkan pada 1988 menerusi album Wings Hukum Karma, lagu ini masih malar segar dan masih diterima baik peminat muzik tempatan.
Penulis lirik lagu ini, mempunyai cerita tersendiri bagaimana ilham menulis lagu berkenaan sehingga boleh hits sampai sekarang.
Asa-usul Taman Rashidah Utama
Jika ramai yang masih tidak maklum, terdapat satu taman yang dinamakan Taman Rashidah Utama yang terletak di Senawang, kira-kira 10 kilometer dari Seremban. Rupanya lagu popular nyanyian Wings itu dinamakan sempena nama taman tersebut, menurut Bob kepada New Straits Times.
Ketika saya berusia lewat 20-an, saya kenal sorang gadis 14 tahun dan jatuh cinta dengannya. Saya kemudian tahu yang dia tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Saya biasa berulang-alik Seremban ke KL sebab Wings berlatih di studio di sana.
Gadis itu singgah di studio dengan rakan-rakannya pada suatu hari untuk bertemu Wings. Dia cantik tapi saya tidak pernah dihiraukan. Tapi saya tetap suka dia dan kami kekal berkawan.
Pinangan ditolak gadis idaman
Bob berulang dari Seremban setiap hari untuk melihat gadis itu dari jauh ketika dia menunggu bas sekolah setiap pagi.
Saya sanggup tunggu sampai dia habis sekolah dan rancang nak jumpa keluarganya untuk masuk meminang. Tapi dia jelaskan dia memang tak ada perasaan pada saya.
Saya tetap hantar rombongan namun pinangan ditolak oleh gadis itu dan keluarganya. Saya patah hati.
Selepas pinangan ditolak, saya ke Seremban dan melalui perumahan itu untuk melihat gadis itu walau untuk sekejap. Tidak lama kemudian saya putus asa, dari situlah datang ilham untuk lagu Taman Rashidah Utama.
Gadis pujaan dah jadi pelakon
Rupa-rupanya, gadis yang diminatinya dulu itu adalah pelakon otai, Aida Aris. Setelah Aida menjadi pelakon, mereka masih kekal berkawan sehinggalah hari ini. Tambah Bob, mereka tergelak mengenangkan apa yang terjadi antara mereka sebelum itu.
Dia juga mencadangkan saya buat kisah kami menjadi drama tapi sehingga kini idea tersebut masih tidak direalisasikan. Taman Rashidah Utama bukan sekadar tentang patah hati, tapi peringatan jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan bawa kita ke arah sesuatu yang tak pernah kita jangka Sumber: https://ohbulan.com/bok-lokman-dedah-kisah-disebalik-lagu-taman-rashidah-utama-rupanya-pinangan-ditolak-kerana/ |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo.. ada sebab kenapa ayat yang paling panjang dalam quran adalah berkenaan hutang...
kalau nk bg pinjam bukan utk kes emergency suruh je dia apply personal loan dekat bank.. kalau tak lepas means credit score sheols teruk ya with bad paymaster... |
|
|
|
|
|
|
|
Oo patut lah pelik2 tajuk lagu tu taman rashidah utama
Awat minat budak tu masih sekolah lagi |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa dia dimuflis sbb dulu dlm 4/5 tahun dulu dia ada buka cafe kat area setapak tu and cafe tu tak bertahan lama so aku assume dia pinjam duit org utk buka cafe tu end up bungkus tikar.
|
|
|
|
|
|
|
|
eh bukan AIda Aris Singaporean ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 16-11-2024 11:45 AM
taman Rashidah utama ke tu
Patutnya dia kena bg klu ni. X sangka she suka bhutang sbb tgk biasa2 je . I mean dari rupa xde buat rambut, xde buat muka |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon best dia ni.
Patut la mak aku slalu pesan. Jgn termakan pujuk org nak pinjam duit walaupun sedara darah daging sendiri. Biar bergaduh sbb tak bg pinjam. Sbb org berhutang ni mmg nature dia mcm tu la. Dia yg berhutang kau pulak yg umpama pengemis minta dia bayar hutang pd kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|