CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14173|Reply: 0

[Sabah] 30 peratus jumlah kerusi Parlimen perlu diperuntukkan kepada wanita

[Copy link]
Post time 18-11-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode


GLENNA

KOTA KINABALU: 30 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen harus diperuntukkan kepada pemimpin wanita bagi memastikan wakil yang lebih baik dalam pembuat dasar di negara ini.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat, Glenna Wong berkata, langkah ini munasabah dan perlu, bukan sahaja untuk memastikan keseimbangan gender dalam politik, tetapi juga untuk menonjolkan peranan penting wanita dalam memacu pembangunan negara.

Beliau berkata demikian semasa ucapannya di Persidangan dan Pemilihan Pergerakan Pemuda dan Wanita Pusat LDP di sini pada Sabtu.

Beliau menekankan wanita merangkumi 47.4 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia, manakala lelaki adalah 52.6 peratus.

“Data ini menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat.

"Antara tahun 2018 dan 2022, penyertaan wanita dalam tenaga kerja kekal pada sekitar 55 peratus, menunjukkan bahawa wanita adalah penggerak utama dalam pembangunan ekonomi," katanya.

Namun katanya, masih terdapat kekurangan wakil wanita dalam proses membuat keputusan dan tadbir urus di peringkat tinggi.

“Ketidakseimbangan ini perlu ditangani dengan langkah-langkah konkrit untuk penambahbaikan," katanya.

Beliau berkata, pentingnya memastikan 30 peratus daripada 222 kerusi Parlimen dimiliki wanita.

“Memperkasa wanita bukan sahaja tentang menyediakan platform untuk suara mereka, tetapi juga mempromosikan strategi pembangunan nasional yang lebih inklusif dan pelbagai.

“Jika lebih ramai wanita dapat mengambil bahagian dalam membuat keputusan, dasar-dasar akan menjadi lebih menyeluruh, seterusnya memberi kesan mendalam terhadap kestabilan dan kemajuan masyarakat," katanya.

Beliau berkata, persekitaran harus diwujudkan di mana wanita dapat mengambil bahagian secara sama rata supaya setiap wanita dapat melihat potensinya dan mengejar dengan keyakinan untuk merealisasikan masyarakat yang benar-benar progresif.

Katanya, kerajaan perlu mengambil langkah inovatif untuk mencipta lebih banyak peluang untuk wanita.

“Memperkasa wanita bukan sekadar memberikan jawatan dan kuasa, tetapi juga menyediakan sokongan dalam pendidikan, sumber ekonomi serta pembangunan kerjaya untuk membantu mereka berkembang menjadi pemimpin yang berpengaruh," katanya.

Wong menegaskan memperkasa wanita bukanlah untuk bersaing dengan lelaki atau menggantikan kedudukan mereka, tetapi berkembang bersama.

Katanya, Nepal mendahului dalam wakil wanita dengan 33.1 peratus, diikuti Singapura dengan 29.3 peratus dan Filipina dengan 27.3 peratus.

Di Malaysia katanya, Johor mencatatkan prestasi terbaik dengan 26.8 peratus wakil daripada wanita.

“Namun, Sabah berada dikedudukan terendah dengan hanya 8.9 peratus sahaja. Ini menunjukkan Sabah perlu berusaha lebih untuk meningkatkan wakil daripada golongan wanita," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.523452 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list