View: 34296|Reply: 0
|
[Sabah]
Penjawat awam Sabah terima bonus RM3,000
[Copy link]
|
|
BINCANG: Masidi berbincang bersama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir semasa pembentangan Belanjawan Sabah 2025.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji dengan kadar minimum RM3,000 kepada 18,949 orang penjawat awam negeri.
Menteri Kewangan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata bantuan membabitkan jumlah sehingga RM68.48 juta akan dibayar pada Januari tahun hadapan.
“Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini diberikan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah termasuklah yang berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat.
Dalam pembentangan sama, Masidi berkata, bagi menjaga kebajikan dan memastikan motivasi Penjawat Awam Negeri sentiasa berada pada paras yang tinggi, Kerajaan Sabah juga akan turut menyemak semula kadar gaji Penjawat Awam Negeri selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pelarasan gaji Penjawat Awam Persekutuan September lalu.
Katanya, semakan semula kadar gaji Penjawat Awam Negeri turut membabitkan berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian.
“Kerajaan Sabah juga akan melaksanakan pelarasan gaji melalui dua fasa iaitu pada Disember tahun ini dan fasa kedua pada 2026.
“Pelarasan yang akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM149 juta adalah hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat termasuk penjawat awam,” katanya.
Beliau berkata, dalam memastikan penjawat awam negeri sentiasa cekap, kompeten dan berkemahiran tinggi, Kerajaan Sabah akan memperuntukkan sebanyak RM16.09 juta bagi perbelanjaan pembangunan sumber manusia.
“Sejumlah RM3.5 juta bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pegawai Perkhidmatan Awam Negeri melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah secara sepenuh atau separuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
“RM3 juta juga diperuntukkan sebagai bantuan kewangan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri bagi menjalani Program Latihan Dalam Perkhidmatan di dalam dan luar negeri yang berimpak tinggi dan melaksanakan pengukuhan kompetensi secara komprehensif merentasi ke semua skim perkhidmatan,” katanya.
https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/15/penjawat-awam-sabah-terima-bonus-rm3000
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|