View: 31274|Reply: 29
|
Bella Hanna tak tumpang populariti Redza, 'beringat' kongsi bahagia
[Copy link]
|
|
Pelakon baharu, Bella Hanna, 28, menyifatkan tiada istilah 'menumpang populariti' suaminya juga pelakon Redza Rosli, 32, sekiranya ada yang cuba mempersoalkan kerana antara mereka mempunyai keunikan masing-masing.
Bella atau nama sebenarnya Farhana Nabila Rosman berkata, Redza juga sudah lama bergelar pelakon sebelum ini berbanding dirinya yang baru hendak menapak dan membina nama, termasuk mempelajari banyak lagi selok-belok lakonan.
"Saya rasa tiada istilah menumpang populariti suami saya pun sebab semua ada keunikan masing-masing. Saya ada keunikan tersendiri (dalam lakonan), suami saya juga ada keunikannya yang tersendiri.
"Bahkan, sebelum saya berkahwin pun dah ada 'offer' (tawaran) berlakon yang saya dapat. Jadi, memang tak ada pun istilah menumpang populariti ini," katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada sesi ramah mesra 'Day Out' bersama pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta 2, baru-baru ini.
Menurut Bella Hanna lagi, dia yang baru lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Redza turut memilih membuat perkongsiaan foto dan video kebahagiaan mereka berpada-pada saja di akaun media sosial.
"Kalau ada segelintir artis yang suka buat perkongsian hantaran mempamerkan kebahagiaan di akaun media sosial, pada saya itu masing-masing. Ada orang, dia memang suka. Itu cara dia untuk kongsi kebahagiaan yang kena 'share' di media sosial.
"Jadi, bagi saya itu biasa. Begitu juga saya dengan suami, Redza yang sejenis 'private'. Dia memang dah macam itu sifat dirinya. Lagi pun, kita ada media sosial ini untuk kita kongsi, tapi kena beringatlah.
"Setiap benda yang nak dikongsikan itu kena ingat, tidak semua orang suka kita. Suami saya pun seorang yang 'introvert' dan dia kalau pergi bekerja, hanya bekerja saja. Selepas itu, balik ke rumah," katanya.
Berbicara juga watak Aleen lakonannya dalam drama Luruhnya Bunga Cinta 2, Bella berkata, karekter itu masih antagonis yang mana dia (Aleen) tetap terus menagih cinta Nuh Adrian (lakonan Redza) dan ingin memilikinya.
"Watak Aleen dalam sekuel musim kedua ini sangat mencabar dan lebih ekstrem 'jahatnya'. Tapi, apa yang berlaku pada Aleen itu disebabkan dia mempunyai masalah mental. Apa-apa pun, kena tengok dulu Luruhnya Bunga Cinta 2 di TV3 nanti.
"Harapan saya agar penonton akan memberi sambutan yang baik pada drama ini sepertimana musim terduhulu. Bagaimanapun, ketika terbabit penggambaran sekuel ini pada tahun lalu, saya dan Redza belum berkahwin lagi," katanya.
Redza dan Bella Hanna selamat bernikah pada 21 Jun lalu di dalam majlis yang berlangsung di Cheras dengan dihadiri ibu bapa, anggota keluarga, saudara mara, kenalan rapat dan sahabat masing-masing.
Selain Redza dan Bella Hanna, pelakon lain turut membintangi drama Luruhnya Bunga Cinta 2 arahan Riza Baharudin ialah dibintangi oleh Tracie Sinidol, Aniq Durar, Auni Yusri, Nabila Razali dan ramai lagi.
Sumber - Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapo ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berbahagia selalu hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya nampak sheols yang beria share video sweet2.
i got some hati hitam theory but let me keep this to myself and come back 5 years later la noks |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 19-11-2024 06:25 PM
masalahnya nampak sheols yang beria share video sweet2.
i got some hati hitam theory but let me ke ...
ape tu ape tu.. share la cikittt |
|
|
|
|
|
|
|
imanda replied at 19-11-2024 07:29 PM
ape tu ape tu.. share la cikittt
no la, iols rasa wife heols cam perasan sikit. Tapi mungkin jugak sheols camtu sebab si oyen kan ramai fans waniter.
macam nak tunjuk sheols je yang berjaya sauk oyen, yang lain mampu tengok je la |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 19-11-2024 06:25 PM
masalahnya nampak sheols yang beria share video sweet2.
i got some hati hitam theory but let me ke ...
Lambat nyerrr tunggu 5 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 19-11-2024 08:06 PM
no la, iols rasa wife heols cam perasan sikit. Tapi mungkin jugak sheols camtu sebab si oyen kan r ...
owh igt apaaa hehee
alala shuhada shukri lah ni. tapi this girl lawaaa . i tak pernah nampak kat socmed ke netflix ke iklan ke , kat board gossip ni je la, nampak lawa
kalau lawa dimaafkan |
|
|
|
|
|
|
|
Popular tang mana??? Berlakon watak sama jah |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 19-11-2024 08:28 PM
Lambat nyerrr tunggu 5 tahun
tak payah tunggu, tu iols dah jawab
harap tak jadi cam ngai. dulu si apis tu pon nampak sayang gila dengan shu tapi putus jua |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau orang kata anak beranak si ghadad ke gharqad entah yang bini arwah tun taib tu, aku percaya je. |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-11-2024 09:23 PM
Dia ni kalau orang kata anak beranak si ghadad ke gharqad entah yang bini arwah tun taib tu, aku per ...
Ragad? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus oyen tak memilih rupa |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 19-11-2024 10:01 PM
Ragad?
Haaaa yes.
Adoi jauh menyimpang nama |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 19-11-2024 08:06 PM
no la, iols rasa wife heols cam perasan sikit. Tapi mungkin jugak sheols camtu sebab si oyen kan r ...
Kalau Oyen tu kaya raya ada la reason pompuan2 kt luar tu nk jeles. Pelakon biasa je..ambik jela |
|
|
|
|
|
|
|
Boring aku buka tv asyik muka jantan ni je. Berlakon xde feel. Mcm bangang xde espresi muka. Ape yg best dia berlakon pun x th |
|
|
|
|
|
|
| |
|