CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29733|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Hormati, patuhi undang-undang Sarawak

[Copy link]
Post time 18-11-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-11-2024 02:03 PM



HORMATI: Julaihi menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN hari ini. - Gambar Penerangan

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah lama menyokong kerjasama antara PETROS dan PETRONAS namun tindakan terkini PETRONAS menunjukkan kurangnya kesediaan untuk mencapai penyelesaian secara baik.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi menyatakan beliau kesal susulan PETRONAS seolah-olah tidak menghormati dan mematuhi undang-undang Sarawak.

Menurutnya, PETRONAS antara lainnya tidak menghormati Ordinan Pengedaran Gas 2016 dan gagal bekerjasama dengan PETROS untuk membolehkan Petros menjalankan fungsi berkanunnya demi kepentingan rakyat Sarawak.

Pematuhan rangka kerja undang-undang ini katanya, bukan pilihan bahkan ia adalah kewajipan berkanun yang mesti dihormati oleh semua pihak.

“Saya mengambil maklum gesaan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim agar bersikap tenang menyelesaikan isu minyak dan gas yang melibatkan PETRONAS.

“Mereka yang bersikap tenang akan menyedari bahawa sejak Akta Kemajuan Petroleum (PDA) berkuat kuasa pada 1974, nilai terkumpul petroleum yang dikeluarkan dan diperolehi di Sarawak oleh PETRONAS dan kerajaan persekutuan sehingga 2014 ialah RM1,000 bilion atau RM1 trilion, dengan hanya lima peratus atau RM50 bilion daripadanya dikembalikan ke Sarawak dalam bentuk pembayaran tunai menurut Seksyen 4 PDA.

“Dengan sumbangan yang begitu besar kepada dana negara, Sarawak berhak mendapat perhatian, layanan dan sokongan yang lebih baik daripada PETRONAS,” tegasnya.

Julaihi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Melihatkan keadaan itu, Julaihi berkata PETRONAS sekurang-kurangnya perlu mematuhi undang-undang negeri apabila beroperasi di Sarawak, selain memperuntukkan serta menyediakan lebih banyak gas untuk menyokong pembangunan perindustrian Sarawak dan peralihannya ke arah ekonomi hijau.

Tambah beliau, perjalanan Sarawak untuk menuntut semula autonomi yang sah ke atas sumbernya adalah soal prinsip dan keperluan.

Ia juga katanya, adalah bukti tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjamin masa depan Sarawak yang makmur dan mampan untuk generasi akan datang.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list