CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29861|Reply: 0

[Sarawak] Pelantikan PETROS sebagai gas aggregator tunggal muktamad, tidak boleh dirunding

[Copy link]
Post time 18-11-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 18-11-2024 02:08 PM



TEGAS: Julaihi ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan DUN hari ini. Gambar Penerangan

KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa pelantikan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebagai gas aggregator tunggal di negeri ini adalah muktamad dan tidak boleh dirunding (non-negotiable).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Dr Julaihi Narawi berkata, ini bermakna tiada pihak lain yang akan dilantik sebagai gas aggregator di Sarawak.

Jelasnya, PETROS yang dilantik sebagai gas aggregator tunggal berkuat kuasa 1 Februari 2024 akan berperanan menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan perolehan, pembekalan, pengedaran dan penjualan gas asli di Sarawak.

“Gas aggregator juga bertanggungjawab membuat perancangan, pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem rangkaian pengedaran gas asli di Sarawak.

“(Dan) untuk perkembangan terkini, PETROS dan PETRONAS sedang dalam perbincangan khususnya mengenai aspek teknikal,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementerian beliau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Julaihi mengingatkan mana-mana pihak lain yang menjalankan aktiviti pengedaran gas perlu memohon lesen di bawah Seksyen 7, Ordinan Pengedaran Gas, 2016 (DGO 2016).

Setakat ini kata beliau, kementeriannya telah mengeluarkan lesen Retail of Gas kepada 13 pemain gas huluan dan 10 lesen kepada pemain gas hiliran.

“Kegagalan mematuhi keperluan perlesenan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 20 ordinan tersebut yang boleh dikenakan denda atau hukuman penjara atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Julaihi berkata, Sarawak menyumbang sebanyak 60 peratus daripada sumber gas asli di Malaysia, namun 94 peratus daripada penghasilan gas asli ini dieksport dan tidak dimanfaatkan untuk pembangunan industri tempatan di Sarawak.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita memanfaatkan sumber gas asli kita bagi memajukan industri di Sarawak,” katanya.
Beliau mempersoalkan apa masalahnya dengan usaha dalam membangunkan Sarawak, sedangkan pembangunan Sarawak juga menyumbang kepada pertumbuhan dan kemakmuran Malaysia secara keseluruhannya.

“Ini bukan sekadar membicarakan soal kepentingan Sarawak sahaja tetapi ia juga memperkukuh dan meningkatkan sektor ekonomi di seluruh negara,” tegasnya.

Oleh itu, Julaihi berkata pemimpin Malaysia wajar membuka mata dan minda untuk melihat perspektif pembangunan negara yang lebih menyeluruh dan tidak terikat dengan perspektif pembangunan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja dan jangan terlalu bersifat ‘centralist’.

Menurutnya, usaha berterusan Kerajaan Sarawak mempertahankan hak mutlak ke atas sumber gas asli negeri ini perlu dihormati dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua pihak termasuk PETRONAS dan para cerdik pandai yang sentiasa bersifat berat sebelah

“Hak ini yang berasaskan undang-undang Sarawak, yang masih berkuat kuasa sehingga kini adalah sangat penting dalam memastikan hasrat kita untuk mengawal sepenuhnya sumber gas asli demi kesejahteraan rakyat Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

“Oleh itu, saya sekali lagi menegaskan bahawa pelantikan PETROS sebagai gas aggregator tunggal adalah muktamad dan non-negotiable,” tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.042887 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list