CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29347|Reply: 0

[Sarawak] Ibu abai dan dera anak dipenjara lima tahun

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:43 PM | Show all posts |Read mode




MASUK PENJARA: Bibi (kiri) dibawa keluar dari bilik mahkamah sejurus penjatuhan hukuman hari ini.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang wanita kerana mengabaikan dan mendera anak kandungnya sendiri.

Bibi Narcessus Dryddeen Jitai, 45, dari Sarikei mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Musyiri Peet atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen itu membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bibi pertama kali didakwa atas tuduhan mengabaikan anak perempuannya yang berusia 14 tahun dengan menghalaunya keluar dari rumah mereka pada 15 Ogos kira-kira jam 6 petang.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendera secara fizikal anak lelakinya yang berusia 11 tahun menggunakan kayu penyapu pada 15 Ogos kira-kira jam 1.30 petang.

Dia juga didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap mangsa yang sama dengan didakwa melecurkannya dengan air mendidih pada 20 Oktober lalu kira-kira jam 5 petang.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pahlawan di sini.

Musyiri menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi tiga pertuduhan itu terhadap Bibi.

Beliau turut mengarahkan hukuman itu berjalan serentak mulai tarikh penjatuhan hukuman hari ini.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima maklumat daripada kakitangan Talian Kasih mengenai dua kanak-kanak didera ibu kandung dan bapa tiri mereka di sebuah rumah di Jalan Pahlawan di sini pada 3 November lalu.

Bertindak atas maklumat itu, polis pergi ke lokasi untuk menyiasat dan mendapati tertuduh telah mengabaikan anak perempuannya di bawah umur dan mendera anak lelakinya secara fizikal.

Siasatan polis juga mendedahkan bahawa salah seorang mangsa menghubungi Talian Kasih untuk membuat laporan.

Dalam mitigasinya, Bibi yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan kerana usianya dan status menganggur.

Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/11/18/ibu-abai-dan-dera-anak-dipenjara-lima-tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057630 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list