CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10539|Reply: 0

[Sabah] Sabah guna data tersedia kira anggaran hasil dikutip Persekutuan

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode


JULITA

KOTA KINABALU: Bagi menganggarkan hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan di Sabah, kerajaan negeri mengambil pendekatan membuat pengiraan anggaran amaun pemberian khas dengan menggunakan data yang tersedia serta andaian munasabah daripada kajian yang dibuat.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Julita Mojungki berkata, namun jumlah hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan itu masih perlu dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua kerajaan.

Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai data lengkap berhubung hasil-hasil yang dikutip oleh kerajaan Persekutuan di negeri ini.

"Atas sebab itu, pengiraan hasil bersih Persekutuan mempunyai kekangan kerana kerajaan Persekutuan belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permohonan perkongsian data yang dikemukakan oleh kerajaan negeri," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Alias Sani (WARISAN-Sekong) mengenai jumlah hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan Persekutuan dari Sabah sejak 1974 sehingga 2021 selain jumlah 40 peratus hasil cukai yang wajib dipulangkan dan diserahkan kembali kepada Sabah.

Julita berkata, menerusi Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 2024 pada 12 September 2024 di Kota Kinabalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai bayaran interim pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta pada 2025.

Menurutnya, kerajaan negeri menghargai dan mengalu-alukan kenaikan bayaran interim yang tentunya akan membantu pembiayaan pembangunan di negeri.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan negeri tetap berpegang teguh untuk mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan iaitu dua per lima atau 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan di Sabah.

"Rundingan bagi tuntutan mengikut formula pengiraan ini masih menunggu tindakan lanjut Kementerian Kewangan Malaysia dan saya percaya rundingan itu akan diadakan bersama pihak kementerian tidak lama lagi," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.562046 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list