CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13102|Reply: 0

[Sabah] Cari mekanisme bagi mengurangkan kebergantungan makanan import

[Copy link]
Post time 20-11-2024 12:55 PM | Show all posts |Read mode


ANNUAR

KOTA KINABALU: Kerajaan diharap dapat mengenalpasti mekanisme yang dapat mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import dengan memperkasa sektor pertanian dan perladangan di wilayah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Annuar Ayub Aman mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menjalin kerjasama dengan kementerian terlibat dalam projek pertanian khususnya tanaman padi, perusahaan ayam organik dan lembu serta tanaman berkelompok.

Disamping itu, beliau turut meminta kerajaan supaya membantu pengusaha agromakanan yang menyokong keterjaminan makanan dan pertanian lestari seperti pengusaha ternakan lembu pedaging, ruminan kecil kambing pedaging, kambing tenusu dan bebiri serta pengeluaran bawang tempatan.

"Kerajaan negeri menerusi Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBN) dan peruntukan yang disediakan hendaklah membangunkan sistem pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi bagi kesejahteraan pesawah terus dipelihara, " katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut berharap kerajaan dapat menambahkan lagi bilangan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) memandangkan terdapat pertambahan jumlah penduduk yang memerlukan dalam kategori berpendapatan rendah.

"Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif mengilhamkan Rumah SMJ. Rumah seperti ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh mereka yang amat memerlukan.

"Dan seharusnya Kerajaan Persekutuan juga mengikuti jejak langkah kerajaan negeri dengan memperbanyakkan pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan pedalaman khususnya DUN Liawan.

"Rumah SMJ yang dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi manfaat kepada rakyat yang kurang mampu untuk memiliki kediaman sendiri.

"Pembinaan Rumah SMJ sebanyak 40 buah pada tahun hadapan wajar diteruskan dan ditambah lagi bilangan pembinaannya untuk tahun-tahun mendatang, " katanya.

Tambahan itu, Annuar turut berharap kawasan pedalaman akan terus diberi tumpuan dalam aspek prasarana asas demi memastikan rakyat di luar bandar dapat menikmatinya dengan selesa.

"Masih banyak jalan-jalan kampung perlu dinaiktaraf dan dibaiki. Projek naiktaraf dan baiki jambatan serta pemasangan dan selenggara lampu-lampu jalan kampung juga perlu diteruskan dan dipergiatkan.

"Ini kerana masih terlalu banyak jalan-jalan di kawasan kampung yang tidak termasuk dalam seliaan JKR dan konsesi. Ini termasuk bekalan air bersih dan bekalan elektrik di Sabah yang perlu diambil perhatian, " katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.071198 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list