CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8151|Reply: 0

[Sarawak] Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan mendapat peruntukan RM1.31 bilion pada tahun depan

[Copy link]
Post time 21-11-2024 02:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan mendapat peruntukan RM1.31 bilion dalam Belanjawan Negeri 2025, meningkat 64 peratus berbanding RM799.52 juta tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan RM1.31 bilion itu akan membolehkan kementerian itu melaksanakan empat program infrastruktur asas di seluruh Sarawak.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, empat program infrastruktur itu ialah infrastruktur darat (RM1.01 bilion), infrastruktur sungai (RM83.30 juta), bangunan-bangunan kerajaan (RM211.59 juta) dan bangunan-bangunan awam (RM5.08 juta).

"Saya mahu memaklumkan Dewan, kementerian saya menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah diberi kepercauaan melaksanakan 496 projek melibatkan kos RM40.83 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang terdiri daripada 239 projek di bawah Perbelanjaan Pembangunan, 188 projek di bawah Projek Rakyat dan 69 projek di bawah Dana Alternatif.

"Projek-projek ini terdiri daripada 298 projek jalan (RM27.17 bilion), 69 jambatan (RM5.37 bilion), 105 bangunan (RM3.54 bilion), 22 struktur sungai (RM4.40 bilion) dan dua lapangan terbang (RM350.82 juta)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementerian itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mengenai status projek-projek berkenaan setakat ini, Uggah berkata 203 sudah siap, 109 sedang dalam pembinaan dan 184 lagi pada peringkat prakontrak.

Beliau turut memaklumkan bahawa kementeriannya menerusi JKR Sarawak juga bertanggungjawab melaksanakan 276 projek di bawah enam agensi pembangunan (IRSDA, SADA, BDDA, RADDA, MiRRDA dan GKCDA) bernilai RM3.48 bilion.

Projek-projek ini secara kolektif menandakan pendekatan proaktif kerajaan GPS terhadap pembangunan infrastruktur, menyasarkan kebolehcapaian dipertingkatkan, keselamatan awam, menggalakkan perhubungan luar bandar-bandar dan pertumbuhan mampan, ujarnya.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM391.17 juta di bawah MARRIS (Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia) sehingga Oktober 2024 bagi jalan (pembinaan) jalan sepanjang kira-kira 15,314km," katanya.

Menyentuh projek penyelenggaraan bekas jalan balak di negeri ini, Uggah berkata projek rintis bagi penyelenggaraan jalan luar bandar di kawasan Baram telahpun bermula pada Jun tahun ini.

Menurutnya dengan peruntukan RM5 juta setahun untuk setiap zon, setakat ini, perkembangan kewangan adalah seperti berikut; Zon 1 (merangkumi daerah kecil Bario, saerah kecil Tinjar dan daerah Telang Usan) RM4.9 juta telah dibelanjakan.

Zon 2 (daerah Miri, daerah Beluru dan daerah Marudi), RM4.96 juta telah digunakan bagi tujuan itu) manakala Zon 3 (merentangi daerah Telang Usan dan daerah kecil Bario) RM1.53 juta telah dibelanjakan, jelasnya.

"Sememangnya jalan-jalan ini tidak boleh diabaikan kepentingannya, ia berfungsi meningkatkan ketersambungan khususnya di kawasan luar bandar.

"Oleh itu, kita sedang mengkaji semula prestasi program rintis penyelenggaraan jalan luar bandar bagi mengoptimumkan pelaksanaan dan mempercepatkan pelaksanaan projek," tambahnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069744 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list