CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11159|Reply: 0

[Sarawak] Penilaian pengiktirafan Sarawak Delta Geopark oleh UNESCO dilaksana tahun depan

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:17 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (tiga kiri) bersama yang lain meneliti teks ucapan penggulungan kementerian di DUN. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Penilaian pengiktirafan Sarawak Delta Geopark oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dijangka dilaksanakan pada tahun 2025.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penilaian itu bagi memastikan iltizam Sarawak untuk mendapatkan pengiktirafan UNESCO bagi Sarawak Delta Geopark pada tahun 2026 akan dicapai.

“Bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, kita telah mengemukakan application dossier kepada UNESCO, Paris pada 7 November 2024 dan penilaian oleh pihak UNESCO dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2025.

“Pelbagai inisiatif turut diadakan bagi meningkatkan kedampakan (visibility) Sarawak Delta Geopark di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa serta meningkatkan pemahaman dan keupayaan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata ketika menyampaiakan ucapan penggulungan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada persidangan DUN di sini, hari ini.

Antara inisiatif Sarawak termasuk memasang papan tanda di tempat yang strategik dan di beberapa geosite yang dikenal pasti; serta mengadakan lawatan penanda aras di beberapa tempat di UNESCO Global Geopark (UGGp) iaitu Jeju UGGp, Korea Selatan; Rinjani-Lombok UGGp dan Batur UGGp, Indonesia.

Selain itu ujarnya, menghadiri The 8th Asia Pacific Geoparks Network Symposium di Cao Bang UGGp, Vietnam dan The 10th International Conference on UNESCO Global Geoparks di Marrakech, Morocco; dan penerbitan buletin, artikel, kertas kajian, risalah dan sebagainya.

“Penglibatan masyarakat dalam inisiatif geopark turut ditingkatkan melalui pelbagai program kesedaran dan sesi libat urus bersama komuniti, sekolah dan institusi pengajian tinggi telah diadakan serta beberapa rakan strategik telah dilantik melalui program Geopark Partners,” katanya.

Mengenai inisiatif konservasi dan pewartaan, Awang Tengah berkata sejajar dengan Polisi Guna Tanah, setakat ini, Kerajaan Sarawak telah mewartakan kawasan seluas 4.0 juta hektar sebagai Hutan Simpan Kekal daripada jumlah 6 juta hektar yang disasarkan.

Katanya, pada tahun ini, satu kawasan Hutan Simpan Kekal yang baharu iaitu Mujong Pila Protected Forest yang berkeluasan 32,812 hektar telah diwartakan.
Katanya, bagi Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA), Kerajaan Sarawak mensasarkan 1 juta hektar pada tahun 2025.  

Setakat ini, seluas 874 ribu hektar telah diwartakan.  

“Untuk makluman juga, Kerajaan Sarawak telah mewartakan 1.2 juta hektar kawasan perairan sebagai TPA, menjadikan jumlah keseluruhan TPA di Sarawak adalah seluas 2.1 juta hektar.

“Sarawak juga melaksanakan inisiatif yang dikenali sebagai Heart of Borneo (HoB) yang meliputi kawasan seluas 2.7 juta hektar yang mengunjur dari Lawas hingga ke Tanjong Datu,” katanya.

Beliau memaklumkan, inisiatif ini adalah satu usahasama konservasi rentas sempadan di antara negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia sejak Februari 2007.

Manakala untuk memperkasakan usaha konservasi Tapak Ramsar, Kuching Wetland National Park pula katanya, Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Sarawak Forestry Corporation dan Mubadala Energy, Abu Dhabi berkaitan Nature-based Solution (NbS) dan inisiatif potensi karbon biru ditandatangani pada 6 November 2024.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.112414 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list