CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12136|Reply: 0

[Sarawak] Chiew bidas kenyataan Tun Mahathir mengenai papan tanda bahasa Cina

[Copy link]
Post time 21-11-2024 03:23 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (gambar) membidas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan penggunaan papan tanda dalam bahasa Cina sebagai 'menghakis' identiti Malaysia.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu malah boleh memecah belah dan menjejaskan kepelbagaian budaya di negara ini.

"Penegasan Dr Mahathir bahawa penonjolan papan tanda bahasa Cina menandakan penghakisan identiti Malaysia adalah kurang tepat, (seolah) mengabaikan sumbangan penting semua kumpulan etnik kepada kekayaan identiti negara kita dan ia menggambarkan realiti masyarakat kita yang pelbagai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang kuat yang dibina di atas landasan yang kaya dengan budaya dan bahasa.

"Kewujudan papan tanda bahasa Cina mencerminkan masyarakat kita yang berbilang budaya di mana pelbagai kumpulan etnik wujud bersama dan menyumbang secara signifikan kepada ekonomi dan landskap budaya negara.

"Perniagaan oleh masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam rangka kerja ekonomi Malaysia dan kewujudan papan tanda bahasa Cina menyerlahkan kerancakan dan kejayaan perusahaan ini," katanya sambil menambah, ia mempamerkan peranan penting kaum Cina dalam ekonomi negara dan bukannya menimbulkan ancaman kepada identiti negara.

"Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita, penggunaan pelbagai bahasa di ruang awam adalah ciri masyarakat global.

"Sama seperti bahasa Inggeris berleluasa di banyak negara, kita harus menerima dan meraikan sifat berbilang bahasa masyarakat kita sebagai kekuatan," tambah Chiew lagi.

Beliau berkata, adalah penting untuk menggalakkan perpaduan dan bukannya perpecahan di kalangan rakyat negara ini dan daripada menyemai perbalahan melalui retorik yang menekankan perbezaan, rakyat harus meraikan kepelbagaian yang ada dan berusaha ke arah memupuk persefahaman dan rasa hormat di kalangan semua rakyat Malaysia.

"Dengan menerima pelbagai latar belakang kita, kita boleh membina masyarakat yang lebih bersatu padu.

"Gambaran Dr Mahathir tentang Malaysia sebagai 'sebahagian daripada China' menyemarakkan ketakutan yang tidak berasas yang hanya berfungsi untuk mengasingkan kita dengan satu sama lain," tambahnya.

"Kita mesti secara kolektif menolak naratif sedemikian dan menumpukan pada nilai-nilai bersama yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk merenungkan kepentingan keterangkuman dan menentang sebarang retorik yang ingin mempolarisasi masyarakat kita.

"Sudah tiba masanya untuk menerima kepelbagaian kita sebagai sumber kekuatan dan bekerjasama ke arah Malaysia yang lebih bersatu dan harmoni," ujarnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.136388 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list