View: 38229|Reply: 19
|
Memang tak sangka trofi ini milik saya – Elizabeth Tan
[Copy link]
|
|
Kejayaan meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) melonjakkan harapan aktres Elizabeth Tan untuk memegang watak utama dalam filem pada masa akan datang.
Menurut Elizabeth, 31, tawaran memegang peranan utama adalah impiannya sejak menjejakkan dunia lakonan namun mengakui faktor perbezaan bangsa antara penghalang besar dirinya memegang watak sebegitu ketika ini.
“Apa lagi saya nak? Pastinya tawaran lakonan sebagai pelakon utama wanita dalam mana-mana filem.
“Saya sedar mungkin agak sukar untuk mendapatnya sebab berbangsa Cina dan berada dalam industri filem Melayu, tetapi siapa tahu rezeki itu akan hadir?” katanya kepada Kosmo! Online di sini, semalam.
Gembira dengan anugerah yang diraihnya, pelantun lagu Police Entry itu bersyukur kerja kerasnya menerusi watak antagonis dalam filem Sheriff: Narko Integriti diiktiraf di FFM33.
Dalam masa sama, dia akan terus hadir ke kelas lakonan bagi memperbaiki kelemahan diri sebagai seorang pelakon.
“Ketika lihat nama tercalon sebagai finalis pun saya rasa seperti sudah menang. Memang tak sangka trofi ini menjadi milik saya.
“Saya masih ada kekurangan dan akan masuk kelas lakonan untuk terus belajar sekali gus memantapkan kualiti diri.
“Saya bukan jenis individu yang anggap diri sendiri sudah hebat selepas memenangi trofi,” katanya lagi.
Terdahulu, menerusi kategori sama, Elizabeth menewaskan empat lagi finalis iaitu Nadiya Nisaa (Imaginur), Pauline Tan (Rain Town), Remob Lim (Victims) dan Angeline Tan (Duan Nago Bogho).
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa Elizabeth.
Tahniah!!!!
From me
Lily Elizabeth. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok Elizabeth Tan. Tak sangka dah 31 tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow dia dah Jadi pelakon… siap menang anugerah FFM pula tu… pelakon yang dah lama pun Tak mampu nak menang kat FFM ni |
|
|
|
|
|
|
|
Gigi_Comel replied at 9-12-2024 11:12 AM
Wow dia dah Jadi pelakon… siap menang anugerah FFM pula tu… pelakon yang dah lama pun Tak mampu na ...
tu ah.. cepat gak dia ni dpt award FFM. tahniah lizzy |
|
|
|
|
|
|
|
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam
sesungguhnya sapa ada bakat seni tu, serlahkannn
gitewwww
kunrgkn kontroversi, berdiri atas bakat sendiri gituhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah walau akak mmg x tgk filem2 melayu, cina, Korea, hindi, indon, spain |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah, lizi. Belom rezeki anak tp rezeki award. Good for yah |
|
|
|
|
|
|
|
Hoola replied at 9-12-2024 01:32 PM
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam ...
Azira, chuols.. azira+shafinaz uols gabung jd azrinaz ye? haah tula, dua2 penyanyi yg jd pelakon menang dlm tahun yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
kihkihkihhhhh
azira+shanaaz xjd kot opsssss..tu psl trus munyik azrinaz gituhhh
maafkan achik
kihkihhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
hebat jugak sheols dapat kalahkan Nadiya Nisa |
|
|
|
|
|
|
|
Hoola replied at 9-12-2024 01:32 PM
la ni jg musim asal penynyi terjun ke lakonan dpt award ya
lizzie dan azrinaz ke apa nama dak de fam ...
dua2 bagus, fokus untuk improve lakonan. Bukan bergantung kepada gosip murahan macam BBNU sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita apa jer dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
banyak je dia berlakon...not bad juga...elokla untuk meramaikan lg non malay mewarnai industri hiburan tanah air... |
|
|
|
|
|
|
| |
|