|
Bekas model dan pelakon Zahnita Wilson memberitahu dia akan tulis buku untuk cerita segalanya tentang apa yang dilaluinya agar dapat diketahui umum.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Zahnita berkata dia bukanlah seperti apa yang difikirkan dan kebenaran akan buatkan seseorang itu bebas.
Sementara itu, Zahnita berkata dia tidak mahu kembali semula ke Kuala Lumpur lagi kerana rumahnya ada di sini. Difahamkan, Zahnita kini menetap di Kuantan, Pahang bersama anak-anaknya.
Terdahulu, Zahnita mendedahkan dia sudah lama sembunyikan mengenai penderitaannya selama 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya.
Menurut Zahnita dia melalui epidod sengsara dalam rumah tangga di awal perkahwinan namun berharap suaminya akan berubah. Dedah Zahnita lagi, sepanjang perkahwinan dia didera secara fizikal dan mental.
Kata Zahnita lagi, dia merasakan dirinya seperti hamba dan suaminya pernah meminta maaf diatas apa yang berlaku namun tetap perlakukan perkara yang sama terhadapnya.
SUMBER: Ohmymedia, Rotikaya |
|