CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67307|Reply: 0

[Johor] 'Lesap' RM85,000 bagi pelaburan pembinaan hotel tak wujud di Thailand

[Copy link]
Post time 20-12-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru : Ejen hartanah menanggung kerugian RM85,000 selepas terpedaya dalam pelaburan pembinaan projek hotel di Pattaya, Thailand, yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, lelaki tempatan berusia 37 tahun itu diperdaya dalam bentuk mata wang kripto jenis tether (USDT) sebanyak 20,000 unit USDT bersamaan kira-kira RM85,000.

Katanya, pada Mac lalu, mangsa ditawarkan pelaburan itu secara bersemuka dengan dua suspek lelaki warga asing antara umur 35 hingga 39 tahun, untuk pembinaan projek hotel di Pattaya, Thailand.

"Mangsa berminat kerana dijanjikan akan memiliki saham pemilikan sebanyak satu peratus, yang mana bersamaan dengan AS$10,000.

"Pada 8 julai lalu, mangsa memindahkan mata wang kripto sebanyak 20,000 USDT ke pemilik akaun lain, milik suspek, bagi tujuan itu

"Bagaimanapun, mangsa tidak mendapat sebarang pulangan dan keuntungan pelaburan selepas pembuat pembayaran terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Raub berkata, pihaknya juga menerima laporan polis berkaitan pelaburan tidak wujud daripada seorang pendandan rambut yang diperdaya membabitkan kerugian lebih RM20,750.

Katanya, wanita berusia 48 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan pelaburan saham dengan keuntungan cepat.

"Mangsa memberikan butiran peribadi dan nombor akaun bank kepada suspek bagi membuka akaun pelaburan.

"Pada 27 November hingga 12 Disember lalu, mangsa membuat tujuh transaksi ke lima akaun bank tempatan.

"Bagaimanapun selepas bayaran dibuat, suspek menyekat panggilan mangsa, menyebabkan mangsa gagal mendapatkan semula wangnya," katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Disember 20, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.190285 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list