CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68346|Reply: 0

[Johor] Laung azan berkali-kali lihat rumah terbakar

[Copy link]
Post time 20-12-2024 10:09 PM | Show all posts |Read mode

KEADAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Parit Selulun, Tongkang Pechah. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Laungan azan berkali-kali antara yang mampu dilakukan penduduk ketika api sedang marak membakar empat rumah di Kampung Parit Selulun, Tongkang Pechah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.10 malam, kesemua penghuni terdiri kira-kira 20 orang tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barangan berharga berikutan api marak dengan cepat.

Salah seorang penduduk, Umi Kalsom Hussain, 58, yang juga antara individu terawal melihat kejadian itu memberitahu, sebelum kejadian dia bersama ahli keluarga mahu keluar rumah untuk ke bandar.

"Sebaik keluar, saya ternampak api sudah marak lalu menjerit memberitahu penduduk ada rumah terbakar. Waktu itu, saya nampak api dari rumah hadapan sebelum menyambar rumh di sebelahnya.

"Anak saudara saya, Zamil Asyraf Wulul Azmi, 24, berkali-kali melaungkan azan sebagai ikhtiar bagi mengelak api menyambar rumah saya dan penduduk lain.

"Ketika itu, saya baru teringat kakak sekeluarga. Saya berlari untuk memberitahunya namun mujurlah ada penduduk kampung pantas membantu mengangkatnya keluar," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya lagi, badannya mula menggigil sambil mulut tidak henti-henti membaca ayat suci al-Quran dengan harapan api reda dengan segera.

Sementara itu, seorang mangsa, Siti Aminah Abu Noh, 45, berkata, ketika kejadian hanya dua anak perempuan, Aqma Mia Zulkipli, 12, dan Azra Aiya, 11, berada di rumah kerana melawat bapanya di hospital.

Katanya, sebelum kejadian, dia menghubungi anaknya supaya mengemaskan barangan kerana mahu menghantar mereka ke rumah neneknya tidak jauh dari lokasi.

"Dalam setengah jam, Aqma Mia hubungi saya semula memberitahu dia goreng kentang tapi asap terlalu banyak hingga masuk dalam bilik.

"Bila dia beritahu perkara itu, saya segera minta dia matikan dapur gas dan mengarahkannya segera keluar rumah.

"Lebih kurang lima minit, saya tiba di rumah dan tergaman apabila lihat rumah sudah terbakar. Saya segera mencari dua anak dan bersyukur kerana dia sudah keluar dari rumah," katanya.

Kesemua mangsa kebakaran kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tanjung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Sementara itu, Bomba dan Penyelamat Penggaram dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 malam sebelum menggerakkan 19 anggota ke lokasi.

Katanya, kesemua rumah terbabit musnah 90 peratus selain turut memusnahkan dua buah motosikal.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12 tengah malam dengan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Disiarkan pada: Disember 20, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034768 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list