CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58779|Reply: 0

[Johor] Sindiket warga asing guna kad pengenalan warga tempatan tumpas

[Copy link]
Post time 21-12-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang di tahan dalam serbuan di sebuah kilang di Senai. FOTO IHSAN IMIGRESEN

Johor Bahru: Jabatan Imigresen (JIM) Johor berjaya menumpaskan sindiket yang mengajikan warga asing dengan menggunakan kad pengenalan warga tempatan dalam serbuan di sebuah kilang di Senai, kelmarin.

Dalam serbuan menerusi Ops Mahir itu, seramai 162 warga asing ditahan selepas didapati menggunakan dokumen pengenalan diri warga tempatan untuk memohon kerja.

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, lima lagi warga asing yang menggunakan kad pengenalan milik warga tempatan untuk bekerja di kilang berkenaan turut berjaya dibongkar.

Katanya, kejayaan penahanan kesemua warga asing berkenaan adalah susulan risikan selama dua hari hasil daripada maklumat yang diperoleh.

"Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan penahanan empat warga asing sebelum ini yang mengaku bekerja menggunakan identiti warga tempatan palsu di sebuah kilang di sini.

"Hasil maklumat dari siasatan yang dilakukan membawa kepada risikan selama dua hari. Kami mendapati maklumat yang diperoleh itu adalah sahih sebelum serbuan dilakukan di kilang berkenaan.

"Keseluruhannya, JIM menahan 74 lelaki dan 54 perempuan warga asing selain seorang majikan warga tempatan, selepas seramai 292 warga asing dan warga tempatan diperiksa dalam Ops Mahir yang dilakukan di kilang berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rusdi berkata, kesemua mereka yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, lima warga asing yang memiliki dan menggunakan kad pengenalan warga tempatan membabitkan tiga lelaki dan dua wanita warga asing.

"Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor menahan lima warga asing itu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, iaitu memiliki dan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

"Tahanan warga asing ditempatkan di Depoh Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, JIM Johor akan terus memerangi dan tidak akan berkompromi dengan majikan, pemilik premis, serta individu yang didapati menggaji serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).


Disiarkan pada: Disember 21, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056500 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list