CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41129|Reply: 0

Mayat bekas PM India disemadi penuh penghormatan

[Copy link]
Post time 29-12-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode

PENGEBUMIAN Dr Manmohan Singh dilaksana penuh penghormatan dan istiadat negara. FOTO Reuters.

New Delhi: Mayat Dr Manmohan Singh, bekas perdana menteri India disemadikan dengan penuh penghormatan dan mengikut istiadat negara itu di tebing Sungai Yamuna, New Delhi semalam.

Upacara dijalankan mengikut tradisi Sikh, dengan keranda disarungkan dengan bendera India, dibawa melalui ibu kota dengan gerabak berhias bunga yang ditarik oleh trak istiadat tentera.

Bendera kemudian ditanggalkan serta diganti kain saffron untuk menutupi tubuh mendiang sebelum diletakkan di atas kayu api.

Sejak Dr Singh meninggal dunia 26 Disember lalu pada usia 92 tahun, ramai pihak yang memperlihat semula komennya menjelang penghujung pemerintahan 10 tahun beliau bahawa "sejarah akan lebih baik kepada saya daripada media kontemporari".

Mendiang merujuk kepada persepsi kepimpinan yang lemah ketika mengetuai kerajaan campuran yang berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan disingkirkan daripada jawatan pada pilihan raya 2014 yang dimenangi penggantinya, Narendra Modi.

Modi yang menggelar Dr Singh sebagai salah seorang pemimpin paling terkenal negara selepas kematiannya, menghadiri pengebumian itu, bersama Presiden Droupadi Murmu dan wakil pelbagai negara.

Kerajaan Modi memutuskan untuk memperuntukkan tanah untuk memperingati Dr Singh.

Dr Singh yang ketika hayatnya dianggap sebagai arkitek liberalisasi ekonomi India, telah mengkritik dasar ekonomi Modi seperti demonetisasi dan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak perempuannya.


Disiarkan pada: Disember 29, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.231271 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list