CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30538|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bayi 19 hari maut, kakak koma, MPV dipandu ibu terbabas

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:13 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO NSTP

Seremban: Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini manakala kakaknya berusia sembilan bulan koma selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3.8 Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau, dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau DSP Azmi Ali berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.50 pagi itu mengakibatkan bayi berkenaan Muhammad Aryan Qhalish Muhammad Adzril yang juga penumpang hadapan, meninggal dunia selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam akibat pendarahan di otak.

"Kakaknya, Putri Eshal, yang berada di tempat duduk belakang, kini masih koma akibat pendarahan di otak dan sedang menerima rawatan di hospital yang sama," katanya.

Menurutnya ketika kejadian, ibu mangsa yang berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan bersama lima anaknya, termasuk tiga anak perempuan lain berusia 11 tahun dan pasangan kembar berusia 10 tahun dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

"Keadaan jalan di kawasan itu berselekoh dan mempunyai cerun," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau memaklumkan ibu mangsa mengalami kecederaan di bahu kiri manakala kesemua anak yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan lanjut.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.107184 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list