Keadaan rumah pasangan suami isteri yang hangus di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson. FOTO MOHD KHIDIR ZAKARIA
Port Dickson: Jeritan jiran yang melaungkan 'api' menyelamatkan enam beranak daripada menjadi mangsa kebakaran rumah dalam kejadian di Kampung Bagan Pinang di sini pada awal pagi tadi.
Kejadian berlaku jam 2.30 pagi dan api marak dengan cepat dalam tempoh lima minit menyebabkan mereka mereka tidak sempat menyelamatkan barangan dan dokumen penting termasuk buku sekolah anak.
Menceritakan kembali detik cemas itu, mangsa yang juga guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Norasikin Mohamad Yusof, 46, berkata, dia bersyukur walaupun tinggal hanya sehelai sepinggang ia tidak membabitkan kemalangan jiwa.
"Ketika itu apa yang saya fikir sarung sahaja telekung sebab mudah lalu menggerakkan anak untuk segera keluar.
"Rumah mereka hangus dengan kemusnahan lebih 80 peratus termasuk kereta dan dua motosikal.
"Seramai 22 anggota termasuk pegawai terbabit dalam kerja pemadaman selepas pada jam 4.20 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," ujar beliau.
Disiarkan pada: Disember 31, 2024
|