CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44708|Reply: 0

Kes paling menggemparkan Perancis

[Copy link]
Post time 31-12-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode

LAKARAN pelukis menunjukkan prosiding kes berkenaan. FOTO AFP

Marseille: Lelaki Perancis yang didapati bersalah memberi dadah dan merogol isterinya, malah mengajak berpuluh-puluh lelaki melakukan perkara yang sama terhadap mangsa selama lebih sedekad, tidak akan merayu sabitannya, kata peguam lelaki itu pada Isnin.

Dominique Pelicot sudah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan selama 20 tahun pada awal bulan ini selepas perbicaraan yang menggerunkan Perancis.

Manakala, 50 defendan bersama turut disabitkan dan dijatuhkan pelbagai hukuman antara tiga dan 15 tahun.

Gisele Pelicot dipuji sebagai wira kerana keberanian memperjuangkan maruahnya sepanjang prosiding kes itu, selama tiga bulan.

"Dominique Pelicot mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu," kata peguamnya, Beatrice Zavarro kepada AFP dan Franceinfo.

Pendakwa raya berkata, 17 defendan, tidak termasuk Dominique Pelicot, memfailkan rayuan.

Gisele dipuji kerana enggan mengetepikan haknya untuk perbicaraan tertutup, mengatakan dia mahu mengalihkan rasa malu yang berkaitan dengan rogol daripada dirinya sebagai mangsa kepada malu yang perlu ditanggung terhadap pelaku iaitu suaminya. .


Disiarkan pada: Disember 31, 2024



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.481371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list