CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20101|Reply: 0

Populasi Semenanjung Gaza menurun 6 peratus pada 2024 - PCBS

[Copy link]
Post time 1-1-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk Palestin yang diarahkan oleh tentera Israel untuk mengosongkan kawasan kejiranan melarikan diri di tengah-tengah operasi tentera Israel, di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza, 22 Oktober 2024. - Foto REUTERS.

RAMALLAH: Lebih 45,000 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, menurut Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

PCBS berkata dengan 98 peratus daripada angka korban itu berlaku di Semenanjung Gaza, ia menjadi jumlah kematian tertinggi dalam sejarah konflik Arab-Israel.



"Penduduk Semenanjung Gaza telah menurun sebanyak enam peratus menjelang akhir 2024," menurut PCBS.

Presiden PCBS Ola Awad semasa menyampaikan taklimat mengenai status rakyat Palestin menyatakan bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami kerugian besar dari segi kemanusiaan dan material, dengan seluruh kawasan perumahan musnah, keluarga dipadamkan daripada rekod sivil dan infrastruktur penting musnah.

Menurut PCBS, ekonomi Gaza juga telah runtuh dengan kadar pengangguran melonjak kepada 80 peratus dan sumbangannya kepada keseluruhan ekonomi Palestin menurun kepada kurang daripada lima peratus berbanding kira-kira 17 peratus sebelum 7 Okt 2023. - BERNAMA-WAFA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040874 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list