CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9426|Reply: 0

AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka - Gary Shapiro

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:05 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Eksekutif Persatuan Teknologi Pengguna yang menganjurkan CES, Gary Shapiro. - Foto REUTER

LONDON: Revolusi kecerdasan buatan (AI) akan mengubah pasaran pekerjaan tetapi memberi kesan positif yang besar kepada manusia dan pekerjaan, menurut eksekutif di pameran teknologi CES.

Konvensyen tahunan di Las Vegas itu didominasi oleh produk dan perkhidmatan yang menampilkan alat berasaskan AI, namun sesetengah pengkritik teknologi bimbang keupayaan automasi AI akan mengambil alih pekerjaan manusia.

okoh kanan sektor teknologi menegaskan yang matlamat AI bukan untuk menggantikan manusia tetapi meningkatkan kualiti kehidupan kerja dengan melengkapkan tugas tertentu supaya pekerja dapat memberi tumpuan kepada perkara lain, sama ada secara profesional atau peribadi.

Ketua Eksekutif Persatuan Teknologi Pengguna yang menganjurkan CES, Gary Shapiro, memberitahu agensi berita PA, ketika AI membentuk semula industri, pekerjaan dan set kemahiran juga akan berkembang serta membuka peluang baharu.

"Pasti akan ada kesan terhadap pekerjaan, baik positif mahupun negatif. Kesan positifnya adalah mengambil alih pekerjaan yang manusia tidak mahu lakukan dan memberikan kita kehidupan yang lebih lama dan sihat.

"Ia akan mengelakkan nahas jalan raya dan mengurangkan penderitaan manusia, tetapi kemahiran baharu diperlukan untuk mencipta pekerjaan baharu," katanya.

Sebagai contoh, tambah beliau, dalam industri automotif apabila masyarakat beralih kepada kenderaan pandu sendiri yang sebahagian daripada AI generatif, akan wujud pekerjaan untuk mencipta persekitaran dan kenderaan baharu.

Ia akan mencipta kenderaan pandu sendiri yang boleh dibeli atau disewa, yang menyediakan hiburan atau pendidikan, mengikut keperluan.

"Model perniagaan baharu akan muncul dan ini termasuk perkhidmatan membersihkan kereta. Pasaran kereta sewa juga akan berubah. Ini adalah perkara yang baik kerana pekerjaan berbeza akan muncul.

"Manusia akan mempunyai lebih banyak masa lapang dan kita akan mencari cara baharu untuk mengisinya. Saya percaya manusia mempunyai keperluan asas untuk menjadi produktif dan membantu," kata Shapiro.

Awal minggu ini, Ketua OpenAI yang membangunkan ChatGPT, Sam Altman, melahirkan keyakinannya yang syarikat itu sudah mampu mencipta apa yang dikenali sebagai kecerdasan buatan umum iaitu tahap AI canggih yang mampu melebihi manusia dalam kebanyakan bentuk pekerjaan.

Sementara itu, CES turut mempamerkan demonstrasi daripada syarikat yang menggunakan AI untuk menjadikan peralatan rumah lebih berguna dan membantu secara autonomi.


Ketua Pegawai Pelanggan Samsung UK, Deborah Honig berkata gergasi teknologi itu memberi tumpuan kepada alat untuk menyelaraskan tugas harian pengguna.

Dalam tempoh 12 bulan lalu, syarikat itu telah memperkenalkan beberapa ciri AI untuk peranti mudah alihnya yang membantu pengguna mengatur e-mel dan kalendar dengan lebih baik, serta alat penulisan dan penyuntingan.

Selain itu Samsung juga mengumumkan pengenalan AI ke dalam televisyennya, menjadikannya hab rumah pintar utama untuk isi rumah.

Beliau menambah bahawa peningkatan penggunaan alat AI dalam kehidupan seharian boleh mewujudkan 'kesaksamaan peluang' dalam mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan, bukan sahaja untuk wanita, tetapi juga golongan muda yang baru memulakan kerjaya.









Januari 9, 2025   sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:47 AM GMT+8 , Processed in 1.209447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list