CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10343|Reply: 0

Kebakaran di Los Angeles merebak ke bandar, 5 maut

[Copy link]
Post time 9-1-2025 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Seorang penunggang motosikal berhenti untuk melihat sebuah rumah yang terbakar semasa kebakaran Eaton di kawasan Altadena, daerah Los Angeles, California, Amerika Syarikat. - Foto AFP

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya lima orang terkorban akibat kebakaran hutan di sekitar Los Angeles, kata pegawai semalam ketika kebakaran terus merebak menyebabkan seluruh jalan, kereta dan kediaman musnah dalam masa beberapa minit.

Lebih daripada 1,000 bangunan musnah susulan beberapa kebakaran hutan yang berlaku di sekitar bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu, memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan tempat tinggal mereka.

Ribut taufan yang membawa angin kencang mendorong kebakaran lebih marak di kawasan perumahan mewah Pacific Palisades, memusnahkan sebahagian besar hartanah California yang menjadi idaman dan digemari selebriti Hollywood.

Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone, berkata pasukannya sukar mengawal kebakaran disebabkan skala dan kepantasan bencana alam yang berlaku kali ini.

"Kami melakukan usaha yang baik, namun menghadapi cabaran kerana tidak mempunyai anggota yang mencukupi di LA County meskipun semua jabatan dikerahkan membantu," katanya.

Setakat semalam, api yang marak di Pacific Palisades melenyapkan sekitar 6,500 hektar dengan memusnahkan lebih 1,000 kediaman dan premis perniagaan.

Asap dan api kelihatan dari struktur yang terbakar apabila angin kencang menyebabkan api kebakaran hutan lebih marak di kawasan Los Angeles, memaksa penduduk berpindah, di Kebakaran Eaton di Altadena, California, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS


Kebakaran itu masih belum dikawal sekitar Altadena, utara kawasan bandar di mana api menyambar jalan-jalan pinggir bandar, membakar rumah dan setakat ini mengorbankan lima orang.

Menurut Marrone, walaupun kira-kira 70,000 orang diarahkan berpindah, sebahagian besar tidak mengendahkan amaran meninggalkan kawasan tragedi dan mengalami kecederaan yang 'agak ketara'.

Kepulan asal gelap menyelubungi Los Angeles, pokok tumbang dan dahan patah menghalang pergerakan dan penduduk digesa menjauhi jalan raya.

Sementara itu, Ketua eksekutif Jabatan Air dan Tenaga Los Angeles, Janisse Quinones merayu orang ramai menjimatkan penggunaan air susulan kesemua pili bomba di Pacific Palisades kering.

"Kami sedang berjuang menangani kebakaran hutan dengan sistem bekalan air bandar, dan ini benar-benar mencabar," katanya.

Semalam, Presiden dipilih, Donald Trump menggunakan platform media sosialnya untuk membuat dakwaan tanpa asas mengatakan kekurangan air berpunca daripada dasar alam sekitar negeri itu sendiri.

Trump berkata, air hujan sedang dialihkan 'untuk melindungi ikan yang pada asasnya tidak bernilai'.

Struktur dan kenderaan yang hangus terbakar selepas angin kencang menyebabkan kebakaran hutan bertambah marak di kawasan Los Angeles, di Kebakaran Eaton di Altadena, California, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS


Sebenarnya, kebanyakan sumber air Los Angeles adalah dari Sungai Colorado dan sektor pertanian, yang mengambil sebahagian besar bekalan air yang mengalir ke Selatan California itu, berbanding untuk kegunaan kediaman atau memadamkan kebakaran.

Presiden AS, Joe Biden yang berada di Los Angeles bersama Gabenor California Gavin Newsom diberi taklimat mengenai apa disebut sebagai krisis 'mengejutkan'.

"Kami melakukan apa sahaja dan segala-galanya bagi mengawal kebakaran," kata Biden kepada pemberita.

Lebih 1.5 juta isi rumah terputus bekalan elektrik di rantau ini, menurut laman sesawang outage.us, susulan amalan syatrikat utiliti di California memotong bekalan elektrik semasa angin kencang untuk meminimumkan risiko kebakaran baharu.

Kebakaran hutan adalah sebahagian daripada kehidupan di barat AS dan memainkan peranan penting dalam ekologi alam semula jadi.

Bagaimanapun, saintis berkata perubahan iklim angkara kegiatan manusia mengubah corak cuaca. - AFP

Januari 9, 2025  sumber


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.544123 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list