CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22497|Reply: 0

Tunjuk perasaan di Korea Selatan ibarat karnival

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:19 PM | Show all posts |Read mode

Protes jalanan di Korea Selatan. Gambar fail Daniel Ceng/Anadolu Agency

BERMULA sebagai percutian solo selama seminggu di Korea Selatan pada Disember lalu, wartawan Bernama Soon Li Wei 'terjebak' dalam protes jalanan susulan penguatkuasaan undang-undang tentera yang diisytiharkan oleh Yoon Suk Yeol, presiden republik itu yang kini digantung tugas. Pengalaman tersebut dikongsikan oleh beliau dalam artikel ini.

GYEONGJU - Selepas tiga jam perjalanan dengan menaiki bas dari Seoul, saya tiba di Gyeongju, sebuah bandar lama yang indah di tenggara Korea Selatan, pada petang 14 Disember lalu.

Tidak sabar untuk memulakan pengembaraan, saya merujuk aplikasi Naver (platform dalam talian tempatan yang turut meliputi enjin carian dan peta) untuk ke tempat penginapan, iaitu kira-kira 25 minit berjalan kaki dari terminal bas ekspres Gyeongju.

Menapak sambil menikmati kedamaian suasana bandar, sayup-sayup telinga saya terdengar sesuatu.

Hanya selepas menghampiri arah bunyi itu baru saya sedari protes jalanan sedang berlangsung.

Saya tidak terkejut kerana saya tahu Parlimen Korea Selatan dalam proses pengundian untuk memecat Presidennya, Yoon Suk Yeol pada hari berkenaan.

Kelihatan beberapa buah kenderaan polis diletakkan berhampiran Gyeongju Royal Tomb of King Naemul, mercu tanda terkenal di sini, di mana penunjuk perasaan mula berkumpul sejak awal hari lagi. Mereka melaungkan slogan sambil mengangkat sepanduk biru-merah yang tertera mesej dalam tulisan Hangul, iaitu karakter bahasa Korea.

Ingin tahu mesej yang disampaikan, saya halakan lensa kamera telefon pintar ke arah tulisan terbabit bagi menterjemah maksudnya menggunakan aplikasi Google Translate.

Seorang daripada penunjuk perasaan yang saya dekati, memberitahu dalam bahasa Inggeris yang pekat sebutannya bahawa mesej utama mereka pada hari itu ialah: "Presiden Yoon sila letak jawatan!” Memandangkan saya memang sukakan suasana seperti karnival berkenaan, saya memutuskan untuk menyertai "kemeriahan” tersebut.

Januari 9, 2025   sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.057325 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list