CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22503|Reply: 0

Cucu Nelson Mandela ditahan rampas kereta, miliki senjata api

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode

Polis Afrika Selatan menahan lima individu pada Rabu, termasuk seorang dipercayai cucu bekas Presiden, Nelson Mandela kerana merampas kereta dan memiliki senjata api tanpa lesen. (Gambar hiasan) Foto Anadolu Agency

JOHANNESBURG - Polis Afrika Selatan menahan lima individu pada Rabu, termasuk seorang dipercayai cucu bekas Presiden, Nelson Mandela kerana merampas kereta dan memiliki senjata api tanpa lesen, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Jabatan Polis Metro Johannesburg (JMPD), Xolani Fihla berkata, polis dari unit tindak balas taktikal JMPD menerima maklumat mengenai lokasi sebuah kenderaan yang dirampas daripada syarikat penjejak kereta.




Menurut Fihla, polis kemudiannya pergi ke lokasi yang dikenal pasti sebagai kediaman bekas pemimpin ikonik itu di Houghton Estate, Johannesburg dan berjaya menemukan sebuah Toyota Corolla putih yang dilaporkan dicuri.

Beliau berkata, kenderaan itu dirampas awal pagi Rabu di Louis Botha Avenue, Oaklands, Johannesburg. Empat lelaki dan seorang wanita telah ditahan di kediaman itu dan dijangka dihadapkan ke mahkamah.

Pemeriksaan lanjut di premis itu menemukan selaras senjata api tanpa lesen. Maklumat awal menunjukkan penghuni wanita di rumah itu adalah penyewa dan mengenali keempat-empat suspek. Seorang daripada suspek lelaki itu dipercayai cucu Mandela,” kata Fihla.

Beliau turut mengesahkan mangsa kejadian rampasan kereta itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.383675 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list