CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22458|Reply: 0

Wanita 2 suami lari ikut ‘mat saleh’

[Copy link]
Post time 9-1-2025 09:40 PM | Show all posts |Read mode

Wanita tersebut bertengkar dengan dua suaminya di samping teman lelakinya. - Facebook


BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden pergaduhan melibatkan seorang wanita bersama dua suaminya di samping teman lelakinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku di rantau Isaan, wilayah Surin pada 5 Januari lalu di sebuah pasar.


Berdasarkan video dirakam salah seorang saksi, wanita itu pada awalnya sedang minum bersama teman lelakinya yang merupakan warga asing berkulit putih.

Wanita itu kemudian didengari menjawab panggilan telefon dengan nada marah, manakala butir percakapannya menyebut bahawa dia mencabar dua suaminya pergi ke lokasi itu.

Tidak lama kemudian, dua lelaki Thai tiba dan pertengkaran mula berlaku antara keempat-empat mereka.

Salah seorang daripada mereka melempar botol minuman keras, yang hampir mengenai individu yang merakam video tersebut.

Ketiga-tiga lelaki itu juga saling memukul sambil disaksikan orang ramai.

Menurut anak wanita yang terlibat dalam pergaduhan itu, ibunya sebelum ini hidup secara aman dengan dua suami.

Tambahnya, si ibu banyak menghabiskan duit dua suaminya sebelum dia meninggalkan mereka selepas bertemu dengan teman lelaki baharu, lapor akhbar ThaiRath.

Tidak dinyatakan nasib keempat-empat mereka selepas pergaduhan itu atau sebarang tindakan undang-undang yang diambil. – AGENSI

Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.155139 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list