View: 7651|Reply: 5
|
"She scolded me,"-Anak tiri tak puas hati dengan Madammu, luah perasaan di TikTok
[Copy link]
|
|
Gelagat anak tiri kepada usahawan kosmetik Eriyca Baiduri iaitu Ahmadhi mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi luahan hati di aplikasi TikTok disebabkan permintaannya untuk membeli permainan tidak ditunaikan.
Apa yang membuatkan netizen terhibur apabila Eriyca atau lebih mesra disapa Madammu, 35, turut menjawab luahan anak tirinya itu menerusi ruangan komen di hantaran tersebut.
Kata Madammu, dia tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana tidak dipersetujui oleh suami yang juga merupakan bapa kepada Ahmadhi iaitu Muhammad Azri Che Noh, 46.
"Tanya ayah kamu. Kamu meluahkan perasaan di media sosial? Ayah yang tidak beri keizinan untuk membeli permainan itu," tulis Eriyca.
Sebelum itu, Ahmadhi menulis luahan rasa kecewa apabila permintaan untuk membeli permainan lego sempena hari lahir tidak ditunaikan.
"Saya tidak akan berhenti menangis apabila mengenangkan ibu memarahi saya kerana meminta satu set permainan lego sempena hari lahir.
"Tapi kakak-kakak saya sering mendapat barangan-barangan mahal," ujarnya.
Tidak lama kemudian, Ahmadhi menulis komen memohon maaf kerana berkongsi luahan itu, namun mengakui sedih kerana tidak mendapat hadiah berkenaan.
"Hari lahir saya pun mummy (panggilan Eriyca) nak marah abang (panggilan Ahmadhi). Kenapa mummy? Ini hari lahir abang, anak nak satu lego sahaja. Dekat China (bercuti) pun abang beli satu barang sahaja.
"Saya minta maaf cakap macam ini, tapi ini pertama kali saya mahu meluahkan perasaan yang saya rasa terhadap mummy," tulisnya.
Sementara itu menerusi siaran langsung, Eriyca berkata dia terhibur dengan telatah manja Ahmadhi yang kini sudah pandai berkongsi luahan menerusi media sosial.
Untuk rekod, Eriyca mendirikan rumah tangga dengan Azri pada 2015 yang juga seorang duda mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Zahara, Qally dan Ahmadhi.
Ketiga-tiga mereka cukup rapat dengan Eriyca malah usahawan itu tidak pernah menganggap mereka seperti anak tiri sebaliknya sebagai cahaya mata sendiri.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ala ciannyee... lego pun tak dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
die ni cantik.. tpi entahlah bila die bukak mulut berckp nampak out. |
|
|
|
|
|
|
|
melinda_kerr replied at 14-1-2025 02:49 AM
die ni cantik.. tpi entahlah bila die bukak mulut berckp nampak out.
bau budu kuat kan hahaha..aku pun rasa dia lawa..perangai pun tak aneh2 sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia cerai mati ke hidup? |
|
|
|
|
|
|
|
i pun rasa dia lawa cuma kalau bercakap tu turn off sikit nmpk sskjp dia kuat.
tp nmpk bagus dia ni,yg anak tiri dia sorg tu nmpk introvert sikit.tp madamu Jr bdk tu melawa, bcakap dgn org which is i rasa wajar laa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|