CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8004|Reply: 0

12 pekerja dikhuatiri maut dalam lombong arang batu selepas letupan gas di Pakistan

[Copy link]
Post time 10-1-2025 02:43 PM | Show all posts |Read mode

Foto fail yang diambil pada 20 Mac 2024 menunjukkan pekerja berkumpul di luar lombong yang runtuh ketika anggota pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa yang terperangkap selepas letupan gas di kawasan perlombongan Khost di daerah Harnai, wilayah Balochistan, Pakistan. - Foto AGENSI



QUETTA: Seramai 12 pekerja dikhuatiri maut selepas letupan gas di lombong arang batu di barat daya Pakistan pada Khamis, kata pihak berkuasa.

Anggota pasukan penyelamat tempatan memulakan usaha pencarian pekerja di lombong persendirian di Singidi, wilayah Balochistan, sebelum disertai dua pasukan dari ibu kota wilayah Quetta.

"Pengumpulan gas metana menyebabkan berlaku letupan," kata Ketua Jabatan Perlombongan wilayah itu, Abdullah Shawani.

"Dua belas pekerja berada di dalam lombong persendirian apabila seluruh lombong berkenaan runtuh selepas berlaku letupan," tambah Abdul Ghani Baloch, seorang pegawai kanan di jabatan itu.

Beliau berkata, setakat ini misi menyelamat diperlahankan kerana anggota pasukan penyelamat tidak menemui jalan masuk ke lombong.

Lombong di Pakistan diketahui mempunyai persekitaran yang berbahaya dan piawaian keselamatan yang lemah, serta insiden maut adalah perkara biasa.

Sementara itu, Menteri Perlombongan dan Galian Balochistan, Mir Shoaib Noshirwani, mengarahkan Ketua Pegawai Galian, Balochchistan menghantar dua lagi pasukan untuk menyertai operasi menyelamat.

"Sekiranya prosedur perlombongan yang lazim dilanggar, tindakan undang-undang harus diambil terhadap pemilik lombong," kata Noshirwani memberi amaran

Seramai 12 pelombong terbunuh dalam letupan gas di lombong yang sama pada Jun tahun lalu.

10 Januari 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.175770 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list