CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23317|Reply: 0

Pemandu wanita baran kesakitan kena ‘smackdown’

[Copy link]
Post time 14-1-2025 06:14 PM | Show all posts |Read mode

Wanita tersebut berterusan memarahi penumpang berkenaan sebelum menumbuk mukanya. - Doug Miller


TOLEDO, OHIO – Sebuah rakaman video menunjukkan seorang pemandu wanita dihempas ke tanah selepas dia menumbuk muka seorang penumpang kereta, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam rakaman insiden di Toledo, negeri Ohio baru-baru ini, wanita itu pada awalnya memberhentikan kenderaan di tengah jalan sebelum sebuah kereta lain berhenti di belakangnya.

Wanita berkenaan kemudian keluar dari kereta sebelum dia dilihat memarahi dan menjerit ke arah pemandu kenderaan di belakangnya.

Seorang penumpang lelaki keluar daripada  kereta itu sebelum dilihat cuba menenangkan wanita berkenaan yang berterusan melakukan provokasi terhadap mereka.

Penumpang lelaki tersebut mundur  beberapa langkah ke belakang sebelum dia ditumbuk di muka oleh wanita berkenaan.

Sebagai tindak balas, dia mengangkat wanita tersebut dan menghempasnya ke atas jalan berais. Lelaki itu kemudian masuk ke dalam keretanya dan beredar.

Wanita tersebut pula terbaring di atas jalan sambil menahan kesakitan sebelum cuba bangun dan berjalan ke arah keretanya.

Menurut laporan, dua kereta itu pada awalnya bergeser.

Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan tidak dinyatakan.

Polis tempatan berkata, tiada kertas siasatan dibuka dalam kejadian itu memandangkan tiada pihak tampil membuat laporan.

Kejadian dirakam sistem televisyen litar tertutup di lokasi kejadian. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075985 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list