CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17640|Reply: 0

Mahkamah Korea Selatan putuskan sama ada melanjutkan penahanan Presiden

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Penyokong Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berhimpun di luar bangunan kompleks kerajaan menempatkan Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) di Gwacheon. - Foto AFP

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan hari ini akan menilai sama ada untuk melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol yang dipecat selepas penyiasat menahannya berhubung cubaan undang-undang darurat tentera yang gagal.

Suk Yeol, yang dijangka hadir pada sesi pendengaran itu, mencetuskan kekacauan di negara berkenaan pada 3 Disember lalu apabila beliau cuba menggantung pemerintahan awam dengan alasan perlu menangani ancaman daripada "elemen anti-Negara".



Tentera yang diarahkan oleh presiden untuk menyerbu Parlimen gagal menghalang Ahli Parlimen daripada membatalkan undang-undang darurat hanya enam jam selepas pengumuman mengejut itu.

Suk Yeol kemudiannya dipecat oleh Parlimen dan menolak untuk ditahan selama beberapa minggu serta berlindung di kediamannya yang dikawal ketat sehingga akhirnya ditahan pada Rabu dalam satu serbuan awal pagi.

Sebagai Presiden pertama Korea Selatan yang ditahan semasa masih berkhidmat, Suk Yeol enggan bekerjasama sepanjang tempoh awal 48 jam penahanan oleh pihak berkuasa.

Namun, beliau terus berada dalam tahanan selepas penyiasat memohon waran baru pada Jumaat untuk melanjutkan tempoh penahanannya.

Seorang hakim di Mahkamah Daerah Barat Seoul dijangka menilai permohonan itu pada sesi pendengaran jam 2:00 petang (0500 GMT), dengan keputusan dijangka diumumkan malam ini atau awal pagi esok.

Peguamnya, Yoon Kab-keun, memberitahu AFP bahawa Presiden akan menghadiri sesi pendengaran "dengan niat untuk memulihkan maruahnya."

Jika diluluskan, waran baharu itu berkemungkinan melanjutkan tempoh penahanan Suk Yeol selama 20 hari, memberi peluang kepada pendakwa raya untuk mengesahkan pendakwaan.

Pejabat Siasatan Rasuah (CIO) sedang menyiasat Suk Yeol atas tuduhan pemberontakan, yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika didapati bersalah. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.041030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list