CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17766|Reply: 0

737 tahanan Palestin akan dibebaskan

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode

Kabinet Israel mengundi untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata awal Sabtu, menamatkan hari ketidakpastian sama ada gencatan senjata itu akan berkuat kuasa hujung minggu ini. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Kementerian Kehakiman Israel memaklumkan seramai 737 tahanan akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan yang diluluskan hari ini.

Dalam kenyataan di laman sesawangnya, kementerian itu menyatakan bahawa "kerajaan meluluskan" pembebasan 737 tahanan dan banduan yang kini berada di bawah jagaan penjara.



Kabinet Israel mengundi untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata itu awal pagi hari ini, menurut pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sekali gus menamatkan ketidakpastian selama beberapa hari mengenai sama ada gencatan senjata itu akan berkuat kuasa esok atau sebaliknya.

Sebelum ini, kementerian menerbitkan senarai 95 tahanan Palestin, kebanyakannya wanita yang akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk tawanan Israel di Gaza.

Antara nama dalam senarai tambahan itu ialah Zakaria Zubeidi, seorang ketua sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Sebelum ini Zubeidi melarikan diri dari penjara Gilboa di Israel bersama lima lagi tahanan Palestin pada 2021, sehingga mencetuskan pemburuan selama beberapa hari dan dianggap sebagai wira oleh rakyat Palestin.

Turut dibebaskan adalah Khalida Jarar, seorang Ahli Parlimen kiri Palestin yang ditangkap dan dipenjarakan oleh Israel beberapa kali.

Jarar adalah ahli terkemuka bagi Front Popular untuk Pembebasan Palestin, sebuah kumpulan yang diisytiharkan sebagai "organisasi pengganas" oleh Israel, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.

Ditahan pada akhir Disember di Tebing Barat, sejak itu wanita berusia 60 tahun berkenaan ditahan tanpa sebarang pendakwaan. Dua sumber yang dekat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa kumpulan pertama tebusan yang akan dibebaskan terdiri daripada tiga wanita tentera Israel.

Namun, memandangkan gerakan Islamis Palestin itu menganggap mana-mana individu Israel yang berumur dalam perkhidmatan ketenteraan wajib sebagai tentera, rujukan berkenaan juga mungkin merujuk kepada orang awam yang diculik semasa serangan sehingga mencetuskan perang.

Tiga nama pertama dalam senarai yang diperoleh AFP bagi 33 tebusan yang akan dibebaskan dalam fasa pertama adalah wanita di bawah 30 tahun yang tidak berada dalam perkhidmatan ketenteraan pada hari serangan Palestin.

Jurucakap kementerian kehakiman, Noga Katz, mengatakan jumlah akhir tahanan yang akan dibebaskan dalam pertukaran pertama bergantung kepada jumlah tebusan hidup yang dibebaskan oleh kumpulan pejuang itu. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.326943 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list