CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27631|Reply: 0

Ibu dibunuh depan anak, teman lelaki dita

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:40 PM | Show all posts |Read mode

LAUREN Saldana dipercayai dibunuh bekas teman lelakinya selepas tiga minggu melahirkan cahaya mata keempat. FOTO Agensi

Washington: Malang nasib seorang wanita yang dibunuh di depan anaknya hanya beberapa minggu selepas melahirkan cahaya mata keempat dengan polis menamakan bekas teman lelakinya sebagai suspek utama.

Mirror UK melaporkan, mangsa, Lauren Saldana, 38, yang juga ibu empat anak dipercayai dibunuh bekas teman lelakinya Roman Romanovskiy selepas ditemukan tidak bernyawa di rumahnya oleh polis, dengan suspek hadir di tempat kejadian.

Menurut keluarga Lauren, kejadian berlaku tiga minggu selepas Lauren melahirkan cahaya mata dan disaksikan anak lelakinya yang berusia lima tahun.

Berikutan itu, polis menahan Romanovskiy, 41, untuk siasatan lanjut.

Lauren asalnya mempunyai dua anak, berusia 19 dan 16 tahun.

Wanita itu kemudian dikurniakan dua cahaya mata hasil hubungan dengan Romanovskiy termasuk anaknya, berusia lima tahun dan bayi yang baru lahir.



Bercakap kepada News12, anak perempuannya Madison menyifatkan hubungan ibunya dan Romanovskiy sebagai rollercoaster (tidak menentu).

Punca kematian Lauren masih belum didedahkan berikutan penemuan mayatnya di South Brunswick, New Jersey, pada 9 Januari lalu.

Romanovskiy didakwa dengan pembunuhan tahap pertama dan dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak, tetapi masih belum jelas sama ada dia sudah membuat pengakuan.

Sementara itu, polis masih meneruskan siasatan dengan suspek, yang ditahan di Penjara Middlesex County tanpa jaminan.

Sejak kematian ibunya, Madison mendapatkan hak penjagaan terhadap adiknya.

Keluarga itu juga sudah melancarkan pengumpulan dana untuk membantu menampung kos pengebumian, peringatan dan jagaan, serta keperluan segera anak Lauren.

Sebarang baki tertunggak akan dibahagikan antara empat anak secara sama rata dan diletakkan sebagai amanah untuk diberikan kepada mereka pada tahun akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.036249 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list