CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27618|Reply: 0

Rusia, Iran tandatangani perjanjian strategik tingkatkan kerjasama – Putin

[Copy link]
Post time 18-1-2025 05:42 PM | Show all posts |Read mode

PUTIN dan Masoud berjabat tangan ketika perjumpaan di Kremlin, pada Jumaat. FOTO AFP

Moscow: Presiden Rusia Vladimir Putin memuji penandatanganan Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, yang disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.

Bercakap pada pertemuan dengan Presiden Iran, Massoud Pezeshkian, di sini, Putin menegaskan kepentingan dokumen asas itu dalam mempererat hubungan dua hala.



"Lawatan anda hari ini sangat bermakna, kerana kita bukan sahaja berpeluang membincangkan semua bidang kerjasama, tetapi juga telah menandatangani perjanjian asas utama antara Rusia dan Iran mengenai perkongsian strategik komprehensif," kata Putin.

Beliau turut menyatakan bahawa Moscow dan Tehran telah berusaha untuk perjanjian itu dalam tempoh yang panjang.

"Saya amat gembira kerja ini telah diselesaikan. Ia penting kerana akan membuka peluang baharu dan memberikan dorongan tambahan untuk hampir semua bidang kerjasama kita," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039945 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list