CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14659|Reply: 0

Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:02 AM | Show all posts |Read mode

Donald Trump. - Foto REUTERS

MOSCOW: Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar The Wall Street Journal.

Menurut laporan berkenaan, serbuan selama seminggu itu akan bermula pada Selasa, sehari selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden yang dijadual berlangsung pada 20 Januari, dengan sehingga 200 pegawai penguat kuasa undang-undang dijangka terbabit dalam operasi itu.

Laporan pada Jumaat itu turut menyebut serbuan serupa dijangka dilaksanakan kemudian di New York, Los Angeles, dan Miami.

Trump sebelum ini menyatakan hasratnya untuk melaksanakan program pengusiran besar-besaran migran tanpa dokumen, yang membabitkan pengisytiharan darurat negara dan penggunaan angkatan tentera.

Pilihan Raya Presiden diadakan di AS pada 5 November 2024.




Calon Republikan Trump, yang pernah berkhidmat sebagai Presiden AS dari 2017 hingga 2021, memenangi pilihan raya itu.
sumber : berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.038208 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list