CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14689|Reply: 0

Penduduk terbunuh terkena periuk api anti-kereta kebal di Kemboja

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:03 AM | Show all posts |Read mode

Kemboja masih dipenuhi dengan peluru dan senjata yang dibuang sejak beberapa dekad perang yang bermula pada 1960-an. - Foto fail AFP

PHNOM PENH: Seorang penduduk di sebuah kampung di Kemboja maut selepas memandu sebuah trak yang sarat dengan muatan ubi kayu merentasi periuk api anti-kereta kebal di ladangnya, kata seorang pegawai pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku di wilayah Battambang di barat laut pada Jumaat apabila penduduk kampung yang tidak dikenal pasti itu 'melalui laluan terletaknya periuk api anti-kereta kebal tinggalan perang,' kata Pengarah Umum Pusat Tindakan Ranjau Kemboja (CMAC), Heng Ratana dalam catatan di Facebook.

Dua orang pemusnah periuk api Kemboja terbunuh pada Khamis ketika cuba mengeluarkan periuk api anti-kereta kebal yang berusia beberapa dekad dari sebuah sawah yang pernah menjadi medan pertempuran antara pasukan kerajaan dan tentera Khmer Rouge.

Negara Asia Tenggara itu masih dipenuhi dengan peluru dan senjata yang dibuang sejak beberapa dekad perang yang bermula pada 1960-an.

Amerika Syarikat (AS) mengebom sebahagian besar Kemboja ketika Perang Vietnam, satu kempen yang turut membantu meningkatkan kuasa rejim genosid Khmer Rouge.

Sepanjang hampir tiga dekad konflik yang berikutnya, jutaan periuk api darat ditanam di Kemboja, mengakibatkan puluhan ribu orang terkorban atau cedera sepanjang tahun.

Kematian akibat periuk api dan bom yang tidak meletup masih berlaku dengan sekitar 20,000 kematian sejak 1979.

Lebih 1,600 kilometer persegi tanah tercemar masih perlu dibersihkan, yang meninggalkan kira-kira satu juta rakyat Kemboja terjejas oleh sisa-sisa perang.

sumber : berita harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.278474 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list