CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16063|Reply: 0

296 tahanan Palestin dihukum penjara seumur hidup akan dibebaskan

[Copy link]
Post time 19-1-2025 07:16 AM | Show all posts |Read mode

PENJARA tentera Israel, Ofer berhampiran Ramallah. FOTO Reuters.

BandarGaza: Seramai 296 tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan dalam fasa pertama gencatan senjata, menurut kenyataan Pejabat Media Penjara yang berpangkalan di Gaza yang dipetik oleh Pusat Maklumat Palestin.

Kebanyakan tahanan yang bakal dibebaskan adalah ahli pergerakan Fatah, yang sebahagiannya sudah dipenjarakan selama lebih tiga dekad, kata pejabat itu seperti dilaporkan AlJazeera.

Namun, terdapat juga banduan yang akan dibebaskan daripada semua faksi pejuang Palestin.

Sementara itu, Datuk Bandar Rafah di selatan Gaza berkata, persiapan sedang dibuat untuk membuka semula jalan di kawasan itu, menurut Pusat Maklumat Palestin.

"Kami sedang bersiap sedia untuk melaksanakan pelan pembukaan jalan di bandar Rafah secara berperingkat.

"Ia termasuk membuang runtuhan dan serpihan kesan pencerobohan dan memulihkan jalan raya bagi memastikan kehidupan normal dan lalu lintas selamat disambung semula," kata Ahmed al-Sufi .

Beliau menggesa penduduk supaya bersabar dan "tidak tergesa-gesa untuk kembali ke kawasan berbahaya".

"Kami menekankan keperluan untuk memberi ruang kepada kru kecemasan dan pasukan khusus untuk berusaha mengeluarkan periuk api dan bahaya lain.

"Kru kami akan bekerja sepanjang masa dalam penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menyediakan perkhidmatan asas dan memulihkan kehidupan seperti biasa," kata al-Sufi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.177134 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list