CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14906|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hantar pulang warga Palestin dalam tempoh gencatan senjata - Ahmad Zahid

[Copy link]
Post time 19-1-2025 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-1-2025 03:19 PM

Hantar pulang warga Palestin dalam tempoh gencatan senjata - Ahmad Zahid

MOHD ISKANDAR OTHMAN
19 Januari 2025 02:33pm









Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama pegawai dan kakitangan KKDW yang terlibat dalam program pemukiman di Teluk Bahang, pada Ahad.




TELUK BAHANG - Kerajaan akan menghantar pulang warga Palestin yang dibawa ke Malaysia pada Ogos lepas dalam tempoh 42 hari gencatan senjata.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu dan pergerakan mereka sedang diatur oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan untuk dihantar pulang tidak lama lagi.


"Saya sendiri yang membawa perkara ini pada mesyuarat Kabinet minggu lalu dan kita tidak mahu adanya aksi-aksi dan demonstrasi seperti yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) sebelum ini.

"Jadi dalam keadaan gencatan senjata ini adalah masa yang sesuai untuk penghantaran ini dilakukan segera oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar.


"Kita tengok dalam tempoh 42 hari itu bila kerajaan Mesir dapat menguruskan penghantaran pulang mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2025 di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri KKDW berkata, Kerajaan menerima baik permohonan maaf Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berikutan kekecohan yang dicetuskan warga Palestin di WTKL awal Januari lalu.


Walid sebelum ini berkata, perbuatan sedemikian sama sekali tidak mencerminkan etika, moral dan budaya rakyat Palestin.

"Kita menerima baik permohonan maaf Duta Palestin ke Malaysia yang menyesali perbuatan itu dan kita tahu bahawa mungkin mereka berada di bawah tekanan kerana telah menjalani rawatan dan telah lama berada di Malaysia.


"Kesemua mereka kini telah sihat dan berada dalam keadaan baik memohon untuk pulang," tambahnya lagi.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin yang berlaku di WTKL seperti yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, ATM memaklumkan kejadian itu berpunca daripada keinginan mereka mempercepatkan proses kembali ke Palestin.

Insiden yang berlaku pada petang 4 Januari lalu bagaimanapun dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau kecederaan.

Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza untuk rawatan serta dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL.


https://www.sinarharian.com.my/article/708045/berita/nasional/hantar-pulang-warga-palestin-dalam-tempoh-gencatan-senjata---ahmad-zahid


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.528655 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list