CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22101|Reply: 2

[Kedah] Jual harga tak munasabah, kedai jual gulai kambing tular diberi notis

[Copy link]
Post time 20-1-2025 01:14 AM | Show all posts |Read mode
Jual harga tak munasabah, kedai jual gulai kambing tular diberi notis

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




KEDAI makan di Changlun yang diberi notis oleh KPDN selepas menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah. FOTO Ihsan KPDN.





Alor Setar: Sebuah kedai makan di Changlun yang ditular di media sosial kerana dipercayai menjual gulai kambing pada harga yang tidak munasabah sudah diberi notis oleh pihak berkuasa hari ini.

Notis itu dikeluarkan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah dalam pemeriksaan yang dilakukan semalam.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pihaknya mengesan hantaran Facebook (FB) membabitkan kedai makan berkenaan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, berdasarkan FB berkenaan, didapati kedai itu menjual gulai kambing pada harga tidak munasabah.

"Berikutan itu, sepasukan pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan lanjut dan bertemu dengan pemilik premis berkenaan.

"Hasil pemeriksaan jam 11 pagi semalam mendapati premis dimiliki warga tempatan berusia 40-an dan menyediakan menu untuk makluman pelanggan dengan tanda harga dipamerkan di premis terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Nizam berkata, premis itu diberikan Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kerana ketika tular pemilik tidak meletakkan tanda harga pada setiap masakan yang dipamer untuk jualan.

Beliau berkata, pemilik juga perlu mengemukakan maklumat harga kos dan jualan berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam tempoh masa enam hari bekerja.

Muhammad Nizam berkata, KPDN Kedah memberi amaran kepada mana-mana peniaga supaya tidak sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tidak munasabah dan pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak harga sebelum membuat pembelian.

Beliau berkata, ini kerana Akta Perlindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan.



Disiarkan pada: Januari 19, 2025 @ 10:31pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178505/jual-harga-tak-munasabah-kedai-jual-gulai-kambing-tular-diberi-notis




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2025 01:16 AM | Show all posts

Sebuah kedai makan di Changlun yang didakwa menjual gulai kambing pada ‘harga kayangan’ sebagaimana tular dalam media sosial, diberi notis oleh pihak berkuasa. - Foto ihsan KPDN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2025 01:29 AM | Show all posts

Tangkap layar hantaran tular di Facebook yang mendakwa sebuah kedai makan di Changlun menjual gulai kambing pada harga 'kayangan'.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.084045 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list