CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21782|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki pandu lawan arus hingga langgar 4 kenderaan ditahan

[Copy link]
Post time 20-1-2025 01:27 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki pandu lawan arus hingga langgar 4 kenderaan ditahan

Nur Izzati Mohamad[email protected]




KEMALANGAN yang disebabkan lelaki memandu lawan arus di Jalan Chain Ferry, Butterworth yang tular di media sosial. FOTO Foto tular.





Butterworth: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memandu kereta melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Chain Ferry, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata suspek berusia 28 tahun ditahan jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

"Hasil ujian air kencing ke atas suspek mendapati negatif dadah dan permohonan tahanan reman akan dibuat ke atas suspek bagi menjalani ujian darah dan siasatan lanjut kes ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, terdahulu Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) kawasan berkenaan menerima maklumat daripada orang awam jam 2.15 petang berhubung kemalangan itu.

Anuar berkata, kemalangan membabitkan empat kenderaan dan menyebabkan dua mangsa cedera.

"Hasil siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Mitsubishi Lancer dipandu suspek yang bergerak lurus di Jalan Chain Ferry, tiba-tiba masuk di laluan bertentangan.

"Insiden itu menyebabkan kereta suspek melanggar sebuah kenderaan 4WD dan tiga lagi kenderaan lain dekat situ.

"Dua pemandu dilaporkan mengalami kecederaan yang mana salah seorang kini masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta dan dilaporkan stabil," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar dan video memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang memandu melawan arus sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di Jalan Chain Ferry, di sini, pada Sabtu.



Disiarkan pada: Januari 20, 2025 @ 12:53am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178525/lelaki-pandu-lawan-arus-hingga-langgar-4-kenderaan-ditahan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2025 01:33 AM | Show all posts

Antara kenderaan yang rosak selepas dirempuh pemandu kereta melawan arus di Jalan Chain Feri pada Sabtu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.162178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list