CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8233|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masyarakat India kekal sokong DAP

[Copy link]
Post time 22-1-2025 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-1-2025 03:57 PM

Masyarakat India kekal sokong DAP

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
22 Januari 2025 02:57pm




Ramkarpal (empat dari kanan) bersama barisan Biro Hal Ehwal Masyarakat India DAP Pulau Pinang ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang pada Rabu.



GEORGE TOWN- Penerimaan kaum India terhadap DAP di negeri ini masih tidak berubah walaupun berlaku konflik dalam kalangan pemimpin parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang yang ke-15 lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh berkata, parti itu masih disambut baik oleh kaum India tanpa terkesan dengan apa yang berlaku sebelum ini.

"DAP masih diterima dan disambut baik yang mana, ahli-ahli di peringkat akar umbi masih turun padang dan prihatin terhadap isu-isu berkaitan kaum India. Sokongan mereka masih kukuh terhadap parti.

"Ini menunjukkan sokongan masyarakat India terhadap parti tidak berubah walaupun berlaku konflik melibatkan pemimpin DAP negeri satu ketika dahulu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang, di sini pada Rabu.


Tambahnya, ahli atau pemimpin yang keluar parti adalah satu perkara yang boleh berlaku di dalam mana-mana parti politik.

"Yang penting, dalam jangka masa panjang, kita akan terus berusaha untuk menjaga kebajikan masyarakat India, bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh negara," katanya.


Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, P Ramasamy mengumumkan keluar DAP dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa Ogos, dua tahun lalu.

Ramasamy berkata, alasan beliau mengambil keputusan meninggalkan DAP adalah kerana parti itu tidak menghargai perbezaan pendapat selain tiada sikap keterbukaan daripada dalaman parti.


Jelasnya, keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak berpuas hati dengan cara parti membuat keputusan yang menggugurkan beberapa nama pemimpin muda.

Dalam pada itu, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bagi mengukuhkan lagi parti tersebut, Jawatankuasa DAP Pulau Pinang telah menghidupkan semula Biro Hal Ehwal Masyarakat India pada November tahun lalu.

Ujarnya, biro berkenaan telah ditubuhkan oleh mendiang bapanya, Karpal Singh pada tahun 2008 namun tidak aktif setahun selepas itu.

"Mesyuarat pertama biro ini akan diadakan selepas sambutan Tahun Baharu Cina. Dalam mesyuarat tersebut, pemegang jawatan akan dilantik bagi memastikan perjalanan biro ini lebih teratur dan efektif.

"Kita merasakan terdapat banyak keperluan untuk menghidupkan semula biro ini antaranya isu-isu yang berkaitan dengan kaum India seperti kebajikan, pekerjaan, pengangguran dan pendidikan.

"Penubuhan biro ini juga bertujuan mencari penyelesaian yang holistik dan berkesan terhadap cabaran yang dihadapi masyarakat India di Pulau Pinang," katanya.

Tambahnya, ahli-ahli ini akan memainkan peranan penting dalam menjayakan matlamat biro berkenaan.

"Mereka terdiri daripada individu yang berpengalaman dalam menangani isu yang melibatkan masyarakat India serta golongan muda yang berpotensi menyumbangkan idea progresif demi kepentingan bersama.

"Saya percaya bahawa semua pihak berkepentingan akan bekerjasama dengan biro ini bagi memastikan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat India di Pulau Pinang," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/708664/edisi/utara/masyarakat-india-kekal-sokong-dap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 1.009002 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list